Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Rabu, 31 Oktober 2012

Penulis Perlu Pandai Menjual

Apabila penulis menulis buku mereka beranggapan buku mereka pasti laku dijual. Ini kerana mereka mengganggap penerbit yang menghasilkan buku mereka itu mampu menjual dengan strategi promosi yang dirancang penerbit sendiri.

Namun, apabila jualan buku mereka perlahan, mereka berfikir bahawa penerbit tidak melakukan strategi promosi yang berkesan.

Sebenarnya penerbit dan penulis perlu berganding bahu dalam mempromosi buku yang telah dilulus penerbit dan ditulis penulis.

Sepatutnya, penulis juga perlu mempunyai strategi promosi dan pemasaran sendiri. Sebagai contoh ada penulis Galeri Ilmu yang mempunyai blog dan pandai menjual menggunakan blog.

Jika mahu lebih pandai menjual, penulis perlu mempunyai laman sesawang, blog dan facebook yang boleh dikaitkan antara satu sama lain supaya strategi menjual secara ‘kelajuan cahaya’ dapat dijalankan dengan lebih baik.

Penulis akan pandai menjual apabila mereka pandai turun gelanggang dan mempromosi buku mereka sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan