Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Khamis, 18 Oktober 2012

Teori & Teknik Surah Yusuf

Dari kursus Teknik Surah Yusuf anjuran Pn Ainon, PTS pada 16 Mei 2010

RM10.00 klik di sini
Ciri-ciri keindahan pada cerita
1. Hero: lelaki, pembantu utama: perempuan
* kelebihannya: dibaca lelaki & perempuan.
* Contoh, cerita Cinderella: dibaca oleh perempuan sahaja.

2. Unsur benar
- tidak semestinya 100% betul, tetapi masih ada ciri-ciri betul.

3. Kata ganti nama 'Dia'
- jangan gunakan 'Aku'.

4. Banyak watak, sekurang-kurangnya 25 orang supaya cerita menjadi kompleks (latih memory retention).

5. Tempoh masa yang panjang
- dari kecil sehingga dewasa.
- banyak golongan akan membacanya, dari anak kecil sehingga atuk/nenek
- contoh tulisan Pak Latip.

6. Wilayah geografi yang luas.
- jangan terhad kepada satu tempat sahaja.

7. Kronologi
- tiada 'flashback' .
- membolehkan dibaca satu keluarga, mudah dijadikan filem/dipindahkan ke media lain.

8. Evergreen, untuk PTS konsep 'evergreen' boleh dicetak selama 30 tahun.

9. Sekurang-kurangnya ada 60 peristiwa yang berlaku.

10. Untuk watak utama/hero, sekurang-kurangnya 5 kali ditimpa malang.

11. Penceritaan berakhir dengan kejayaan, yakni sebagai orang mulia
- tidak boleh memberikan kemenangan moral kepada orang jahat dan tidak boleh menyebabkan orang hilang harapan.

12. Tiada watak jahat dihukum, sebaliknya mereka insaf (bukan insaf kerana dihukum tetapi kerana jalan cerita sendiri). Ciri jahat pula, hanya kerana satu perkara.

13. Jumlah watak jahat lebih banyak daripada watak baik. Watak baik ditimpa pelbagai dugaan tetapi mesti sabar & redha dengan dugaan yang datang.

14. Hero yang ideal (tidak boleh: profesionnya perompak, pemimpin yang korup)
* tidak mahu menjadikan penceraian sebagai 'cool'
* sedegil-degil isteri Nabi Nuh a.s. tidak diceraikan, begitu juga Asiah, isteri Firaun
* poligami dibenarkan (watak anak tiri, ibu tiri - OK)

1 ulasan:

  1. Novel 'makhluk asing dari galaksi yusuf' 90% dialog teknik surah yusuf

    https://play.google.com/store/books/details?id=ZQtPCwAAQBAJ#details-reviews

    BalasPadam