Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Khamis, 29 November 2012

Nilai Didikan Dalam Novel Tarbiah Remaja

NILAI DIDIKAN atau nilai tarbiah merupakan nilai tambah dalam setiap novel GIMG. Bermula dengan judul, muka depan buku dan segmen dalamnya, kami cuba berikan info mendidik melalui novel-novel kami kerana dakwah menerusi bacaan santai diharap dapat sampai terus menyentuh hati para pembaca. Novel-novel GIMG tidak berhenti setakat nilai moral, tetapi kami sentiasa mahu kaitkan isu yang dibawa memberi kesedaran kepada pembaca untuk bertindak positif berdasarkan contoh-contoh perilaku yang dimainkan watak-watak atau babak-babak tarbiah yang terdapat dalam novel-novel kami.
Ringkasnya, novel dakwah GIMG ingin mengajak pembaca membuat bekalan akhirat selain menyelami kisah kehidupan seharian yang pelbagai cerita dan temanya. Justeru, garis panduan yang kami gariskan untuk mencapai maksud ini, antaranya:

  1. Cerita mesti ada nilai didikan terutama pada klimaks, tetapi diselitkan secara bersahaja dan halus (mengajak-dakwah bil hal), bukan direct (mengajar-ceramah).
  2. Sebaik-baiknya, rancang aliran cerita supaya ada nilai didikan dalam setiap bab.
  3. Penulis perlu meletakkan diri seperti kawan yang menasihati adiknya, bukan seperti ibu atau ayah menasihati anaknya. Paling cantik, letak diri penulis sebagaimana dia mahu dinasihati.
RM14.00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan