Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Jumaat, 23 November 2012

Nota Panduan Menulis Novel Tarbiah Remaja

SASARAN PEMBACA
Sasaran pembaca bagi novel tarbiah remaja GIMG berumur 11-16 tahun.

UMUR WATAK UTAMA
Walaupun pembaca sasarannya berumur 11-16 tahun, peringkat umur watak utama dalam novel mesti tidak terlalu rendah. Sebaiknya menengah. Paling baik 16-17 tahun (peringkat SPM) atau akhir belasan.

TEMA
Berkisar tentang kehidupan di sekolah atau kehidupan remaja secara umum, khususnya tentang apa saja yang remaja sekarang sedang hadapi atau perkara yang memeningkan kepala mereka. Contoh,  tentang ukhuwah dalam persahabatan, persaudaraan (adik-beradik), pengorbanan, kasih sayang, daya usaha & ketabahan, kemaafan, kebijaksanaan, pertembungan dengan teknologi, pertembungan nilai (conflict of value), dsb. Elakkan tema cinta dalam  novel remaja.
RM15.00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan