Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Selasa, 6 November 2012

Pengkatalogan Dalam Penerbitan

Apakah Itu Pengkatalogan Dalam Penerbitan (PDP)?
Pengkatalogan dalam Penerbitan (PDP) adalah perkhidmatan pengeluaran data katalog yang diberikan percuma oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kepada penerbit-penerbit di Malaysia sebelum sesuatu terbitan diterbitkan.

Bagaimanakah PDP diberi? 

  • Penerbit dikehendaki menghantar pruf galei atau salinan foto muka surat judul dan bahan awalan (muka surat isi kandungan, prakata, pengenalan) bersama-sama borang maklumat PDP serta deskripsi kandungan buku yang akan diterbitkan.
  • PNM akan menggunakan maklumat-maklumat tersebut untuk menyediakan deskripsi katalog untuk setiap judul baharu termasuk nombor pengkelasan dan tajuk perkara.
  • Data PDP akan dihantar kepada penerbit dalam tempoh 3 hari bekerja selepas maklumat lengkap diterima.
  • Penerbit akan mencetak data PDP di belakang muka surat judul mengikut format yang diberi.
Apakah Faedah-faedah PDP?
  • Membantu perpustakaan dan pusat maklumat dalam proses pemilihan dan perolehan buku.
  • Membantu memberi promosi jualan kepada penerbit melalui penyebaran maklumat mengenai judul baharu sebelum ianya diterbitkan.
  • Membantu perpustakaan dan pusat maklumat dalam kerja-kerja pengkatalogan dan seterusnya mempercepatkan pemprosesan buku tersebut,
  • Menyokong amalan pengkatalogan perpustakaan yang standard yang mana menggalakkan pertukaran maklumat mengenai penerbitan baharu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

Resha Hamzah, 1986-
    Eee... sayur! Resha Hamzah, Azlan Ismail.
    ISBN 978-983-097-323-4
    1. Malay fiction.  I. Azlan Ismail, 1986-. II. Judul.
Resha Hamzah, 1986-
    Eee... sayur! Resha Hamzah, Azlan Ismail.
    ISBN 978-983-097-323-4
    1. Malay fiction.  I. Azlan Ismail, 1986-. II. Judul.
Aras 3, Anjung Bestari,
No. 232, Jalan Tun Razak, 
50572 Kuala Lumpur.
(U/P: Perkhidmatan PDP) 
Faks : 03-26811676
E-mel : pdp@pnm.my

Klik di sini


Bagaimana Maklumat PDP diedarkan?  
Data bibliografi judul buku yang diberi PDP akan dimasukkan ke dalam Pangkalan Data PNM dan boleh diakses melalui laman web OPAC PNM.

Skop Perkhidmatan PDP 
Perkhidmatan PDP diberikan secara percuma kepada penerbit dan semua penerbit di Malaysia adalah digalakkan untuk menyertainya.
Perkhidmatan ini merangkumi semua bahan monograf bagi judul atau edisi baharu dalam semua bidang perkara yang akan diterbitkan di Malaysia.

Di Mana Data PDP Dicetak? 
Data PDP hendaklah dicetak di belakang muka surat judul.

Contoh PDP Dalam Buku
 
Perpustakaan Negara Malaysia       Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
    899.2333
 
Prosedur Permohonan PDP  
Melengkapkan set borang permohonan PDP iaitu:
PNM.PK(0)PBN.02(B4) – Borang Permohonan PDP.
 
Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi dengan menghubungi:  
Pusat Bibliografi NegaraPerpustakaan Negara Malaysia,
Tel : 03-26814329, 03-26871700 samb 4288
 
Perkhidmatan Melalui SMS
Taip "PNM_CIP_<alamat emel>" dan hantar kepada 15888

Sistem akan menghantar borang melalui emel yang diberi dan dikenakan caj RM0.20 oleh Telco 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan