Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Selasa, 4 Disember 2012

Format Menyediakan Proposal Novel Tarbiah


  1. Proposal lengkap perlu mengandungi:
a.      Mesej dan kelebihan novel.

b.     Sinopsis keseluruhan A sampai Z (sampai akhir cerita).

c.      Sinopsis bab ke bab.

d.     Contoh dua bab.

e.      Biodata penulis.

  1. Bab contoh penting supaya editor mendapat gambaran tentang gaya penyampaian dan olahan bahasa. Dengan itu editor dapat memberi maklum balas sebelum karya lengkap ditulis.
  2. Sinopsis mesti disusun secara berperenggan untuk memudahkan editor menyemak.
  3. Bilangan bab yang sesuai bagi manuskrip novel tarbiah remaja adalah antara 14 hingga 20 bab.
RM14.00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan