Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Jumaat, 29 Mac 2013

Pembaca: Anda Golongan Mana?

Pesta Buku Antarabangsa 2013 akan berlangsung pada 26 April hingga 5 Mei 2013. Pastinya ramai yang teruja untuk mendapatkan buku-buku yang bermanfaat.

Terdapat 3 jenis golongan pembaca:
1. Beli buku untuk hadam ilmu dan baca untuk diri sendiri
2. Beli buku untuk berkongsi bersama orang lain
3. Beli buku untuk buat buku

Hadam Ilmu dan Baca Untuk Diri
Apabila ketandusan ilmu, dan terasa seolah-olah diri tiada upaya seseorang bertindak untuk mencari ilmu. Golongan ini menjadikan buku sebagai medan untuk mendapat ketenangan. Asalkan buku itu ada kaitan dengan emosinya atau ada kaitan dengan tindakannya. Maka buku itu diambil dan dijadikan panduan.

Kongsi Orang Lain
Berkongsi adalah cara seseorang untuk meraih pahala. Jadi ada juga golongan manusia yang membeli buku dan ilmunya dikongsi bersama orang lain. Ilmu yang baik disampaikan. Dengan cara itu, ilmu yang dibaca dan dikongsi dapat melekat lebih lama dalam diri.

Buat Duit
Golongan ini tidak ramai. Mereka membeli buku yang dirasakan benar-benar bermanfaat untuk dijadikan duit. Selalunya dengan membeli dua atau tiga buah buku dalam bidang yang sama. Apabila diadun dan diperap dalam tempoh tertentu, buku lain pula yang mereka hasilkan. Golongan kreatif sebegini memang ada. Mereka kreatif, inovatif dan merupakan seorang ideator yang bijak.

Anda golongan mana? Berminat untuk menghasilkan buku sendiri?

Bengkel penulisan ada di mana-mana

Motivasi menulis perlu dibaja setiap hari

Mudahnya menulis setiap hari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan