Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Selasa, 16 April 2013

Jumpa Saya di Pesta Buku Antarabangsa 2013


Khas untuk anda.

Kepada anda yang bakal hadir ke Pesta Buku Antarabangsa 2013 di booth Galeri Ilmu insya-Allah boleh berjumpa dan dapatkan tip-tip penulisan daripada saya di sana.

Saya akan dedahkan kepada anda:

1. Gaya penulisan yang diperlukan jabatan buku kreatif Galeri Ilmu
2. Teknik menghantar manuskrip
3. Manual sinopsis yang membolehkan karya anda dipertimbangkan untuk dijadikan buku

Selain itu, di Pesta Buku Antarabangsa saya akan menceritakan konsep atau buku kreatif jenis yang boleh ditulis. Saya tahu banyak dalam kalangan kita di luar sana yang mempunyai bakat menulis, namun pelbagai faktor yang menghalang saudara untuk maju ke hadapan.

Oleh sebab itu, ruang dan peluang yang bakal terisi nanti akan saya isikan dengan perkara yang bermanfaat insya-Allah. Saya juga mahu belajar daripada saudara semua berkenaan apa sahaja, terutama ilmu yang boleh memantap industri buku negara.

Jumpa anda di sana!

2 ulasan: