Seorang peninju memerlukan lebih daripada sekadar kemahiran bertinju.
Seorang peninju memerlukan kemahiran-kemahiran sokongan untuk dapat bertinju dengan baik. Dia memerlukan kemahiran membaca gerakan lawan. Dia memerlukan kemahiran memanipulasi lawan. Dia juga memerlukan kemahiran mengatur strategi untuk menang.
Seperti peninju, penulis juga memerlukan lebih daripada sekadar kemahiran menulis.
Penulis memerlukan kemahiran bercerita. Penulis memerlukan kemahiran mempengaruhi orang. Penulis memerlukan kemahiran psikologi. Penulis memerlukan juga kemahiran sosiologi. Penulis memerlukan kemahiran memujuk dan mengajak. Penulis memerlukan kemahiran berdakwah dan mendidik. Lebih penting, penulis memerlukan kemahiran berfikir dan menyusun fikiran.
Dengan kemahiran menulis dan kemahiran-kemahiran sokongan yang ada, seseorang itu akan dapat menulis dengan baik dan berkesan. Jika dengan hanya kemahiran menulis (menyusun dan mengolah ayat), sukar untuk penulis pergi jauh dalam penulisan. Sukar untuk penulis menyeru, mempengaruhi, mengajak dan mendidik masyarakat. Sukar untuk penulis mencapai pelbagai golongan dalam masyarakat, khususnya golongan yang menjadi sasaran utama penulisannya.
Untuk membina kemahiran-kemahiran sokongan itu, penulis perlu banyak membaca pelbagai bentuk dan genre bahan bacaan. Penulis juga perlu terjun ke tengah masyarakat. Penulis perlu beramal dan menghayati Islam dalam kehidupannya.
Penulis juga perlu dekat dengan Tuhan, kerana apabila penulis dekat dengan-Nya, Dia akan dekat dengan penulis untuk membantu kerja-kerja penulis.
Sumber: Tuan Zakaria Sungib (Pengarah Penerbitan Galeri Ilmu)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan