Menjawab soalan ini, ada empat ciri utama yang menjadi kesukaan saya
sebagai editor novel Galeri Ilmu berkenaan karya novel, iaitu:
1. Pengalaman. Tulis atas dasar pengalaman. Semakin benar kisah yang ditulis, semakin dekat dengan jiwa pembaca kerana novel tersebut berdasarkan kisah benar penulis, cuma ditokok tambah agar lebih sesuai dengan pasaran semasa. Seperti novel VT (Hilal Asyraf) dan Tariq United (Khairy Tajudin), kedua-dua novel ini memberi kesan yang positif dari sudut sambutan. Begitu juga dengan buku novelet bestseller, Cinta High Class (Fatimah Syarha & Farhan Hadi) yang ditulis atas dasar pengalaman masing-masing dan tidak dibuat-buat penceritaannya.
2. Nilai tarbiah. Masukkan elemen nilai tarbiah berkadaran dengan latar belakang penulis. Jika memang penulis belajar atau bekerja dalam bidang agama, memang layaklah penulis kerap memasukkan ayat al-Quran dan hadis yang dipelajari. Namun sebaliknya jika penulis bukan berlatarbelakangkan bidang agama, sebaiknya tidak mewajibkan diri meletakkan ayat al-Quran dalam setiap bab yang ditulis bagi mengelakkan kesilapfahaman ayat tersebut ditafsirkan.
3. Ejaan. Dari sudut
mikro pula, jika penulis bukan seorang pakar bahasa, tetapi sekadar mempunyai
kelebihan teknik bercerita dalam penulisan, pastikan paling kurang penulis memb etulkan
sebarang kesilapan ejaan. Bahasa Melayu Tinggi yang kami maksudkan bukanlah
mesti menggunakan istilah bombastik dan berbunga-bunga, cukuplah sekadar ada
subjek dan predikat dalam ayat. Jadikan kamus sebagai teman. Kesilapan mengeja
‘menganggu’ sudah cukup menggangu editor untuk menyukai karya penulis.
4. Tanggungjawab.
Muhasabah semula niat penulis menghasilkan novel Islami, sama ada ikhlas untuk
berdakwah dan membaiki diri atau royalti menjadi keutamaan. Sabar dan istiqamah
seorang penulis dapat dilihat sepanjang perjalanan penerbitan bukunya.
Ustaz Hasrizal menerangkan tentang pengalaman beliau menulis |
Kisah menulis gaya travelog |
Saya sedang catatkan perkara penting tentang bengkel |
Sesi kejar penulis pun bermula hingga kini |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan