Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Selasa, 24 September 2013

Semangat begini yang kita mahu!

Proposal Mr. Novelist

ridzuan iwan
9:36 AM (17 minutes ago)
to me, amir
Malay English Translate message Turn off for: Malay
 
 
Assalamualaikum wbt.
 
Di sini, saya lampirkan bersama proposal manuskrip novel Mr. Novelist yang terbaharu.
Mengandungi:
1-Sinopsis
2- Bab contoh
 
Kekuatan novel ini adalah pada tip-tip penulisan seperti yang pernah saya kongsikan di dalam blog/ bengkel penulisan.
-Sebelum Saya Menulis
-Saya Mahu Menulis
-Saya Sedang Menulis
-Selepas Saya Menulis
 
Semua tip ini akan dikongsikan melalui penceritaan yang santai di dalam novel untuk membangkitkan rasa minat di kalangan pembaca turut menjadi seorang penulis.
 
Mohon penilaian proposal Mr. Novelist ya Tuan Amir.
 
Teringat kata-kata tuan dalam blog sebelum ini.
 
"Editor tidak suka calon penulis patah semangat.
Jika gagal kali pertama hantar untuk kedua kalinya."

Jadi, saya hantar Mr. Novelist menggantikan Suamiku Novelis yang ditolak sebelum ini. Insya-Allah!

Sekian, terima kasih.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan