Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Jumaat, 19 Oktober 2012

Apabila Tuan Web Sutera Bergambar



Pandai bergaya




















Hampir jam 3 petang Tuan Web Sutera hadir ke Galeri Ilmu untuk sesi bergambar. Beliau yang sudah menghasilkan karya novel sejarah bersama Galeri Ilmu Alexander Agung akan meneruskan perjuangan menerbitkan karya motivasi pula.

Berfikir Gaya Champion- tajuk yang akan meniti di bibir pembaca pada masa akan datang. Selepas karyanya Macedonia: Alexander Agung Hijab Raja Zulkarnain mendapat pelbagai respons positif beliau akan terus menghasilkan karya yang indah-indah untuk pembaca.

“Insya-Allah, karya novel sejarah akan terus saya tulis,” katanya yang juga dalam proses menulis novel sejarah Islam berkaitan Kota Konstatinopel.

Tuan punya perniagaan Luisiana Katering ini tidak pernah lokek untuk berkongsi pengalaman dan sentiasa tersenyum.

Ini gambar beliau yang mampu menghasilkan senyum.


Gambar 1


Gambar 2

Saya Tuan Web Sutera

1 ulasan: