Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Isnin, 22 Oktober 2012

Video Promosi Buku

Assalamualaikum wr. wb.
Para penulis/novelis Galeri Ilmu yang dirahmati Allah,

1. Sebagai sebahagian daripada langkah promosi, GISB menggalakkan penghasilan rakaman video para penulis/novelis membicarakan buku atau novel masing-masing. Durasi video untuk satu-satu judul buku adalah 2 hingga 5 minit. Video ini akan digunakan untuk tujuan promosi di laman sesawang dan blog, termasuk di blog penulis sendiri.

2. Setiap penulis diminta memperkatakan perkara-perkara berikut mengenai satu-satu judul buku/novelnya:
- Kandungan buku atau sinopsis novel yang ditulis.
- Apa yang mendorong menulis buku/novel itu.
- Kelebihan buku/novel yang ditulis.
- Sasaran pembaca/siapa yang perlu baca buku atau novel itu.
- Harapan terhadap buku/novel yang ditulis.

3. Sila kemas kini fotografi aktiviti penulis bersama buku di blog/laman sesawang dan FB masing-masing (jika ada, contoh sewaktu pesta buku) untuk tujuan promosi.

Wassalam.
AMIR ABD HAMID
Editor Perolehan Novel /Kreatif
Jabatan Penerbitan
Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
03-61421614

Tiada ulasan:

Catat Ulasan