Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Jumaat, 21 Disember 2012

Kriteria Karya Fiksyen Islami @ Fiksyen Tarbiah

 - Artikel ini disediakan oleh Hj. Zakaria Sungib

Apakah yang membezakan karya fiksyen Islami dengan karya fiksyen bukan Islami?

Di sini saya senaraikan enam kriteria karya fiksyen Islami yang GIMG mahukan. Apa yang saya senaraikan sebagai kriteria karya fiksyen Islami ini mungkin tidak tepat sepenuhnya, tetapi ia dapat memberi sedikit suluhan. Niat yang murni dan matlamat yang jelas saja tidak memadai dalam menghasilkan karya fiksyen Islami (cerpen, novel, skrip drama, skrip filem dan karya fiksyen yang lain).

Supaya proses berkarya diterima sebagai ibadah oleh Allah, selain niat dan matlamat mesti jelas kerana Allah, karya itu mesti diberi wajah dan sentuhan Islami yang jelas serta menghasilkan natijah yang baik. Untuk itu, ia mesti bermula dengan diri penulis. Penulis yang ada jiwa da’i dan jiwa murabbi saja yang mampu menghasilkan karya yang benar-benar berkesan dalam mendidik. Oleh sebab itu, GIMG lebih suka menggunakan istilah novel tarbiah, cerpen tarbiah dan genre karya tarbiah yang lain.
RM17.00
Bersambung di pos akan datang insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan