Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Khamis, 20 Disember 2012

Syarat Novel Fantasi GIMG

Jun 4
to Nor
 
Assalamualaikum saudari. Pertamanya terima kasih kerana memilih kami untuk menghantar karya. Alhamdulillah, setelah meneliti karya yang saudari e-melkan, berikut maklum balas kami:
1. Gaya bahasa saudari kemas dan sesuai dengan jiwa remaja.
2. Bagi mengelakkan kekeliruan dan silap faham dari sudut akidah pembaca novel kami, maka syarat-syarat novel fantasi GIMG adalah seperti yang dinyatakan di bawah (no.3). Segala pendapat dialu-alukan dengan respons yang berhikmah insya-Allah.
3. Seperti yang saudari sedia maklum, kami di GIMG menerbitkan novel-novel tarbiah untuk memberi alternatif kepada novel-novel yang sedia ada. Nilai tambah produk kami ialah nilai tarbiah, bukan berhenti setakat nilai moral sahaja. Justeru, novel kami ialah medium dakwah kami kepada golongan peminat novel di luar sana. Bagi genre fantasi, beberapa batasan telah kami persetujui, iaitu:
a) fantasi yang berbentuk tidak berpijak di bumi nyata tidak dibenarkan sama sekali
b) semi-fantasi adalah dialu-alukan (separuh imaginasi & separuh kenyataan)
c) alam budaya lain
- contoh cerita yang dibenarkan: alam kampung/ alam dinosour/ alam angkasa lepas/ alam ninja/ alam bunian
- contoh cerita yang TIDAK dibenarkan: alam raksasa (Monster Inc)/ alam ciptaan manusia (Avatar, Narnia)
d) alam masa: berkenaan merentas masa, fakta mestilah logik
e) alam haiwan: haiwan berkomunikasi sesama mereka, dibenarkan (contoh cerita: Ratatouille, Antz), bukan berkomunikasi dengan manusia, TIDAK dibenarkan (contoh cerita: Stuart Little, Ninja Turtle)
f) alam superhero
- contoh yang dibenarkan: novel Hero, Batman, Ironman (kuasa dengan teknologi)
- contoh yang TIDAK dibenarkan: cerita Superman, Power Rangers
4. Bagi penciptaan watak pula, kami memutuskan hanya ada tiga makhluk yang dibenarkan dalam novel fantasi kami iaitu jin, manusia dan cyborg (selagi di alam nyata), . Ini bermakna tiada makhluk asing atau pun raksasa aneh dalam novel fantasi GISB (alam mimpi dibenarkan).
Dalam kes saudari, idea cerita Narnia/LOTR kami rasakan kurang sesuai kerana isu ini agak berat untuk dijawab kepada golongan muda khususnya kanak-kanak. Jadi manuskrip ini diharap dapat dibaiki berdasarkan ciri-ciri yang kami gariskan di atas.

Akhir kata, kami juga sasar terbit novel untuk musim-musim berikut:
a) cuti sekolah (Jun/Dis)
b) maulid nabi, raya dan puasa
c) hari ibu/bapa/guru/kanak-kanak
Teruskan mood segar dalam karya saudari!
Jazakallahukhair, wassalam.
*sila jadikan novel Hero dan Takdir sebagai rujukan.


RM20.00
RM21.00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan