Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Jumaat, 14 Disember 2012

Antara Gaya Penerbit Yang Digunakan GIMG

Kesilapan mikro:
Kesilapan dari sudut gaya bahasa.
 
1.      Keterangan:
Elakkan menggunakan perkataan ‘walaupun’ dan ‘tetapi/namun’ dalam satu ayat yang sama.

2.      Keterangan:
‘hanya/sekadar/semata-mata/cuma’ dan ‘sahaja’ membawa makna yang hampir sama. Elakkan penggunaan perkataan-perkataan ini dalam satu ayat yang sama.

3.      Keterangan:
Elakkan penggunaan ‘tentang’ kerana ‘tentang’ juga bermasud memusuhi. Ejaan Islam, Muslim/in/ah, Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak, Melayu menggunakan huruf besar, ini gaya tulisan novel GIMG.

4.      Keterangan:
‘macam mana/bagitahu’ adalah bahasa slanga. Gunakan 'bagaimana/beritahu'

5.      Keterangan:
Novel GIMG menulis perkataan ‘menggangguk’ dan ‘menggeleng’ tanpa perlu perkataan ‘kepala’ selepasnya.

6.      Keterangan:
Huruf besar digunakan sekiranya ada nama khas seperti yang bergaris berikut, Pak Haji Mail.

7.      Keterangan:
Elakkan sedapat mungkin daripada menggunakan ‘kerana’, ‘yang’, ‘dan’, ‘tetapi’ di awal ayat.

8.   Keterangan:
Ejaan yang betul ialah ‘okey’, tidak perlu di-italic kerana sudah didaftar dalam Kamus Dewan.

9.   Keterangan:
Elakkan menggunakan singkatan ‘nak’, ‘tak’, ‘ni’, ‘tu’, ‘mau’, ‘tau’, ‘ke?’, ‘kan?’ kerana ini merupakan Bahasa Melayu Rendah.
 
10.   Keterangan:
Elakkan ‘kan?’, ‘ke?’ kerana ini merupakan Bahasa Melayu Rendah.

11.   Keterangan:
Merasa bermaksud:
i. mengalami rasa dgn lidah.
ii. mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh.
Berasa bermaksud mengalami rasa di dlm hati (batin).

12.   Keterangan:
Kedua=second
Kedua-dua=both

13.   Keterangan:
‘bila’ bermaksud kata tanya untuk menanyakan waktu yang mana. Bezakan dengan 'apabila'.

14.   Keterangan:
‘pelbagai’= ‘berbagai-bagai’. Tidak boleh ditulis ‘berbagai’ sahaja.

15.   Keterangan:
Daripada ialah kata sendi nama utk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih.

16.   Keterangan:
Daripada ialah kata sendi nama yg menunjukkan orang yang memberi.

17.   Keterangan:
Daripada ialah kata sendi nama yg menyatakan maksud mencegah (melindungi, memisahkan dll).

18.   Keterangan:
Dari
i.      kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll)
ii.      kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak

19.   Keterangan:
Titik, koma, tanda soal, tanda seru, tidak perlu ditulis jarak.

20.   Keterangan:
‘di’
-tulis jarak untuk menunjukkan tempat
-tulis rapat untuk menunjukkan kata kerja

21. Keterangan:
Istilah solat lebih wajar digunakan sekiranya merujuk kepada ibadat orang Islam berbanding sembahyang. Perkataan sembahyang digunakan apabila merujuk kepada amalan orang bukan Islam.

Untuk pengetahuan, novel-novel yang kami terbitkan turut diedar ke sekolah-sekolah. Justeru, penggunaan bahasa slanga yang terlalu kerap di dalam dialog diharap dapat ditukarkan dengan perkataan yang lebih sesuai. Kami di GIMG ingin mendidik pembaca menerusi BMT (Bahasa Melayu Tinggi), bukan merosakkan bahasa.
RM15.00
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan