From: amir@galeriilmu.com.my
Date: Thu, September 27, 2012 3:09 pm
To: shah_jat@yahoo.com
Priority: Normal
Options: View Full Header | View Printable Version | Download this as a file
Assalamualaikum tuan, semoga sihat dan ceria hendaknya.
Sebetulnya, saya berminat dengan cadangan proposal yang tuan e-mel tempoh
hari. Terima kasih kerana sudi memilih kami untuk berkarya.
Begini, bermula Februari 2012, satu mesyuarat panel
penilai telah dibentuk yang mana dihadiri oleh pengarah-pengarah di bahagian
buku, pemasaran, kewangan, reka bentuk dan pengarah urusan sendiri. Editor
buku di bahagian masing-masing juga terlibat untuk membuat pembentangan
berkenaan buku yang ingin diterbitkan. Setakat ini, GIMG berjaya menghasilkan
buku dalam kategori motivasi, agama dan kreatif.
Bercakap soal atas dasar apa sesuatu buku didahulukan
penerbitannya, berikut antara faktor-faktornya:
1. Penulis dikenali, punya ramai pengikut di blog, pembaca tegar dan
pembeli setia.2. Bahan (manuskrip penuh) diterima awal.
3. Pasaran buku ikut atas peratus jualan sebelum ini serta permintaan pembaca dan kedai buku besar seperti POPULAR dan MPH.
Suka saya maklumkan juga, novel dewasa GIMG yang terbit pada PBAKL 2011 ialah sebanyak 8 buah judul. Untuk PBAKL 2012, kami hanya terbit 3 judul novel dewasa iaitu novel Keimanan Cinta, Macedonia Alexander Agung dan Budak U.
Nisbah novel dewasa PBAKL 2011 dan PBAKL 2012 ialah 8:3.
Ini kerana, walaupun jualan novel dewasa berada di tempat kedua
selepas jualan buku motivasi, hanya novel yang ditulis Hilal, Fatimah Syarha
dan novel-novel yang didramakan mendapat sambutan pembeli. Selain itu,
jualannya biasa-biasa sahaja. Jika dilihat alasan 3 novel dewasa PBAKL 2012
terbit:
1. Keimanan Cinta - terbit drama dengan judul sama di TV92. Budak U - novel dewasa yang pertama kalinya ada komik
3. Macedonia Alexander Agung - novel sejarah yang fokus pada tempat
Sekadar pemberitahuan, kami di GIMG cuba elak sisi gelap
masyarakat yang sememangnya tidak digalakkan seperti isu buang bayi,
keretakan rumah tangga, merogol, cinta budak sekolah dan yang seumpama
dengannya. Masih banyak isu lain yang boleh di-highlight-kan oleh penulis
kerana isu yang dinyatakan di atas boleh didapati tanpa perlu membeli
novel (akhbar, tv, Internet). Novel/novelet GIMG adalah wadah untuk memberi
harapan kepada para pembacanya dan juga impian Islam itu dapat diamalkan
keseluruhannya dalam realiti, insya-Allah.
Saya nampak kesungguhan dan kesediaan tuan untuk
menerbitkan buku bersama kami. Justeru, kami giat cari prosposal novel yang
berkaitan dengan hobi yang boleh memberi manfaat duniawi dalam masa yang sama menjadi
medan dakwah.
Setakat ini, kami baru terbit satu judul novel yang
sedemikian rupa iaitu novel Budak Komik. Sila baca link berikut:
http://khairitajudin.blogspot.com/p/novel-dan-buku.html
Jika tuan sedia, apa kata tuan masukkan elemen tersebut
ke dalam karya tuan ini?
Keputusan berkenaan sesuatu karya itu lulus atau ditolak
bergantung kepada mesyuarat JKP yang saya nyatakan di atas. Waktu ini, karya
tuan masih di peringkat penilaian dan tuan masih memegang hak ciptanya.
Sekian. Jazakallahukhair, wassalam.
--
Amir Abd Hamid
Editor Perolehan Novel / Kreatif
Tel: 03-61421614 Faks: 03-61421612
www.galeriilmu.com.my
![]() |
RM13.00 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan