Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Selasa, 15 Januari 2013

Kertas Cadangan Buku

1. JUDUL BUKU
* Judul utama seharusnya tidak lebih daripada 5 patah perkataan.
* Untuk penerangan lanjut kepada judul utama, bolehlah ditambah judul kecil.
* Judul hendaklah mudah difahami dan elakkan mengguna perkataan negatif.
* Judul hendaklah dapat memberi gambaran tentang buku tersebut ke dalam minda pembeli dan seterusnya memotivasikan dia untuk membeli.

2. RINGKASAN BUKU
* Sediakan ringkasan buku anda.
* Anggaran muka surat buku anda (langkau dua baris).
* Adakah buku anda mempunyai sebarang ilustrasi, gambar atau rajah?
* Bagaimana perancangan anda untuk menulis?
* Kenapa anda adalah orang yang terbaik untuk menulis buku tersebut?

3. RANGKA KANDUNGAN
* Sediakan rangka kandungan buku anda (senarai bab).

4. ANALISA PASARAN (SWOT)
* Siapakah yang akan membeli dan membaca buku anda?
* Berapa ramai yang memerlukan buku anda?
* Di mana boleh dipasarkan buku anda?

5. PERSAINGAN
* Berapa banyak buku di pasaran (dalam bahasa Melayu) yang sama dengan buku yang bakal anda tulis? (senaraikan 3-6 judul jika ada)
* Bagaimanakah jualan buku-buku tersebut?
* Apakah kelebihan buku anda jika dibandingkan dengan buku lain yang sedia ada?
 
6. PROMOSI
* Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu menjual buku anda?
Contoh:
* Sekiranya anda seorang penceramah/ jurulatih, berapa banyak ceramah/ bengkel dalam setahun yang anda kendalikan dan berapa banyak buku boleh dijual?
* Sekiranya anda mengenali individu/ pertubuhan (network) yang boleh membantu menjual buku anda, sila senaraikan.
* Sekiranya anda seorang pensyarah/guru mengajar subjek yang berkaitan dengan buku yang ditulis, berapa ramai pelajar dalam satu semester atau yang akan beli buku tersebut?
* Anda mungkin mempunyai idea-idea menarik bagaimana untuk meningkatkan jualan buku anda seperti mengadakan artikel berkenaan buku anda di blog, facebook, twitter dan sebagainya. Sila nyatakan.
* Jika ada lagi cadangan. Sila nyatakan.
 
7. FAEDAH BUKU KEPADA PEMBACA
* Sila nyatakan apakah faedah buku anda kepada pembaca.

8. BAB CONTOH
* Sila sertakan satu bab contoh untuk tujuan penilaian.
* Format: Times New Roman saiz 12, langkau 2, saiz kertas A4, margin normal, tidak perlu tinggal baris kosong.

9. BUTIR-BUTIR DIRI (CV & COVER LETTER)
* Sertakan nama, nama institusi, telefon pejabat, telefon bimbit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan