Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Jumaat, 11 Januari 2013

Pemilihan Kata Bernilai Tarbiah

Sebagaimana yang semua maklum, kami amat mementingkan nilai tarbiah di dalam setiap novel yang diterbitkan. Pemilihan kata yang kurang sesuai juga memainkan peranan yang penting kepada pemahaman sesuatu ayat yang dibuat.

Contoh kesilapan: Andai sahaja mereka berasal daripada orang berada, Mutharah pasti lagi di sisi.

* Penggunaan perkataan pasti membawa maksud bahawa sekiranya mereka mempunyai banyak duit, pasti Mutharah masih lagi hidup, seolah-olah membawa maksud bahawa duit mempunyai kuasa untuk menyelamatkan nyawa seseorang.

Sepatutnya: Andai sahaja mereka berasal daripada orang berada, Mutharah mungkin lagi di sisi.

Perkataan mungkin dicadangkan kerana perkataan ini lebih sesuai untuk memberitahu pembaca bahawa duit merupakan perantara semata-mata yang tidak menentukan hidup mati seseorang. 

Istilah solat lebih wajar digunakan sekiranya merujuk kepada ibadat orang Islam berbanding sembahyang. Perkataan sembahyang digunakan apabila merujuk kepada amalan orang bukan Islam.

Kami juga tidak menyarankan penggunaan istilah ‘puja’ dan ‘idola’ apabila ianya berkaitan dengan makhluk ciptaan Allah (contoh: manusia).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan