Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Isnin, 18 Februari 2013

Tip Menulis - Apa Yang Editor Suka?


Assalamualaikum.

Didoakan Tuan Kamarulazua gembira dan dipermudahkan urusan oleh Allah.


Pertamanya, terima kasih kerana tuan menghantar karya ke Galeri Ilmu.



Saya sudah membaca manuskrip ‘Mengarang itu mudah’.


Anggapan saya terhadap buku ini ialah:

1.      Disasarkan kepada golongan dewasa
2.      Pelajar Universiti

Faktor-faktor yang menyebabkan manuskrip ‘Mengarang itu mudah’ tidak menarik.

1.     Gaya penulisan seperti buku teks dan silibus sekolah- Penulis banyak menggunakan konsep atau teori. Justeru kaedah berikut tidak sesuai untuk sasaran pembaca.

2.     Teori Umum- ‘Mengarang itu Mudah’ menggunakan teori umum yang sudah diketahui oleh pembaca. Sebagai contoh pada muka surat 5 dicatatkan Apakah ciri-ciri karangan yang berkualiti? Kemudian jawapan yang diberi amat umum iaitu,

·         Menarik minat pembaca
·         Isi yang bernas
·         Huraian yang tepat
·         Contoh yang sesuai

3.     Citarasa pembaca- Sebagai pembaca mereka tidak suka terhadap penulisan yang menggunakan banyak teori, banyak nombor dan banyak bulatan. Semakin banyak teori dan nombor mereka akan merasakan membaca sebuah tesis yang amat sukar difahami.

4.     Faktor pesaing- Di pasaran buku yang ditulis oleh Zamri Mohamad Tip Menjadi Penulis Bestseller (terbitan PTS), Teknik Menulis Ucapan, Buat Duit dengan Menulis oleh Jeniri Amir merupakan pesaing yang perlu menulis ambil perhatian

Faktor-faktor yang menyebabkan manuskrip ‘Mengarang itu mudah’ menarik.

1.     Gaya penulisan yang santai- Untuk memudahkan penulis berkarya dengan cara santai buku Ummu Hani Abu Hassan I want to be a writer terbitan Galeri Ilmu sesuai dijadikan manual. Pada peringkat ini penulis perlu kreatif-inovatif dengan menghasilkan buku yang tiada dalam pasaran.

2.     Teknik- Penulis perlu menerangkan teknik yang digunakan dalam penulisan masa kini. Sekarang teknik penulisan kj metod, cliff hanger dan sebagainya boleh diadaptasi dalam karya mengarang itu mudah. Di dalam ‘Mengarang itu Mudah’(proposal yang diterima kami) penulis banyak menerang teknik umum seperti teknik menyemak karangan, teknik membina perenggan dan sebagainya yang sudah diketahui pembaca.

3.     Citarasa pembaca- Pembaca lebih suka penulis menulis berkenaan kisah-kisah yang menarik seperti seorang penulis blogger yang menjadi penulis sepenuh masa, kisah suri rumah yang berjaya menjana pendapatan dengan menulis daripada rumah dan sebagainya.

4.     Faktor pesaing- . Mereka (pesaing) menulis berdasarkan apa yang dimahukan pembaca seperti menyelitkan unsur cerita-cerita pendek yang menarik pembaca untuk terus kekal momentum pembacaan.


NOTA: ‘Mengarang itu mudah’ perlu dibaiki dengan mengambil kira faktor buku seperti ini yang sudah banyak di pasaran. Justeru karya ini perlu dijadikan karya yang kreatif-inovatif seperti ‘I want to be a writer’ oleh Ummu Hani Abu Hassan.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan