Oleh NIZHA PERIASWAMY
Seorang
penulis yang banyak mendekati masyarakat melalui tulisannya pasti mempunyai
ramai peminat dan kenangan. Lebih-lebih lagi pada zaman informasi teknologi
apabila perkongsian identiti diri dalam laman sosial membuka peluang yang lebih
untuk saling berhubung.
Begitu
juga kisahnya dengan penulis Nurolshamshi Saidin, 41, yang berasal dari Pulau
Pinang. Minat terhadap bidang penulisan berputik sejak berumur 11 tahun lagi.
Ketika itu beliau banyak membaca karya Enid Blyton.
Dia
kemudian berusaha menulis beberapa buku pengembaraan kanak-kanak meniru
penulisan seperti itu.
Cetusan
keinginan menulis datang dari niat untuk menyampaikan mesej dakwah dan motivasi
kepada semua.
“Ramai
remaja yang tidak berminat membaca bahan ilmiah, motivasi, bahan saintifik dan
dakwah. Jadi mesej ini boleh disampaikan kepada mereka melalui penulisan novel
kreatif,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Nurol.
Beliau
menghasilkan novel pertamanya bertajuk Dingin Salju Indiana, pada
tahun 1998 kerana mahu menyertai pertandingan Hadiah Sako. Namun, Nurol hanya
mendapat tempat 10 terbaik. Pada tahun 2009 adik beliau, Zauyiah Nurul Amin
menaip semula karya itu dan menghantar kepada pengarang perolehan Galeri Ilmu
Sdn. Bhd., Tuan Haji Zakaria Sungib.
“Alhamdulillah, ia diterima dan dibukukan. Pada tahun 2011 novel ini dicadang
untuk didramakan dalam slot Zehra di saluran TV3 dan ditukar kepada tajukDingin
Lavenda,” katanya.
Buku
pertama beliau itu kemudian mengukir satu lagi kenangan indah yang tidak dapat
dilupakan Nurol. Ketika itu seorang pembaca novel Dingin Salju Indiana,
Nor Amalina Ayob, yang kebetulan mengikut suaminya ke Universiti Indiana di Bloomington,
Amerika Syarikat menghubungi Nurol menerusi Facebook untuk berkongsi pengalaman
di sana.
“Beliau
sangat teruja dan cuba mencari semula tempat-tempat menarik yang
menjadi latar dalam novel tersebut,” cerita Nurol.
Kesempatan itu Nurol gunakan untuk meminta bantuan Nor Amalina untuk membantu
mencari sahabat Nurol yang tidak pernah pulang dari Bloomington sejak
tahun 1995.
“Lalu
Nor Amalina dan suami mula menjadi detektif sehingga mereka dapat mengesan
sahabat lama saya itu. Itu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan,” ujar
Nurol lagi.
MENULIS 10 JAM SEHARI.
Beliau
turut berkongsi pengalaman ketika ditugaskan menyiapkan novel bertajuk Hani dengan
tarikh ajal tugasan hanya sebulan pada tahun 2011.
Novel itu diadaptasi daripada drama Hanikarya penulis skrip
Zabidi Mohamed yang disiarkan di TV3 slot Lestary.
“Saya
telah menulis selama 10 jam sehari demi mengejar tarikh ajal. Pada saat-saat
terakhir penulisan, komputer saya rosak dan saya terpaksa menggunakan komputer
lain. Waktu itu, penyunting novel tersebut Nurul Aini Ahmad dan Tuan Amir Abdul
Hamid banyak membantu,” kongsinya.
Beliau
yang pernah mengikuti pengajian di Universiti Indiana, Bloomington, Indiana,
Amerika Syarikat berkata buku tersebut serta novel terbaru beliau, Dingin Salju
Wisconsin terhasil selepas melihat masalah dan keperitan hidup pelajar di luar
negara. “Saya menulisnya supaya pelajar baharu dan ibu bapa mereka mendapat
panduan sebelum melangkah ke negara luar,” ujarnya lagi.
Berterima kasih dengan sokongan dari saudara mara, suami dan anak-anak yang
sudah remaja, Nurol memberitahu, mereka banyak membantu beliau meringankan
bebanan tugas rumah dengan kemampuan mereka untuk berdikari dan kurang memberi
masalah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan