Judul: GOL! (Tajuk sebenar novel ini adalah Tariq United)
Penulis: Mohd Khairi Tajudin
Watak Utama:
- Ustaz Syamil (25 tahun) – Guru
Penolong Kanan Kokurikulum. Merangkap guru sukan, guru disiplin, warden
dan lain-lain tugas khas. Sentiasa amanah memikul tanggungjawab sebagai
pengurus pasukan bola sepak sekolah.
- Safi Sali (12 tahun) – merupakan
seorang pelajar tahun enam, penyerang yang bijak menghidu peluang dan sering merembat menggunakan kaki
kiri. Merupakan kapten pasukan bola sepak sekolah.
- Fahmi
(11 tahun) - penjaga gol yang kadangkala cekap kadangkala tidak.
Mempunyai sikap terlalu yakin (over-confident).
Sentiasa senyum ketika dimarahi. Tidak pandai menulis dan membaca tetapi
pandai melobi pengurus pasukan.
- Shafiq Rahim (12 tahun) - pelajar
tahun enam. Menjadi bek yang agak malas berlari. Berbadan gempal dan suka
makan banyak. Anak orang kaya. Tidak mempunyai skil permainan yang
menarik. Terpaksa menguruskan badan atas arahan pengurus pasukan.
- Amar Rohidan (12 tahun) –pemain bek .
Agak kasar dan panas baran. Sering meninggalkan posisi bek untuk membawa
bola sehingga ke atas.
- Shahrul Izlan Taha(12 tahun) – Lembik
dan sedikit lembut. Sentiasa berusaha untuk menjadi lelaki sejati. Tidak
mudah berputus asa walaupun sering dikritik. Pemain penyerang yang
bergandingan dengan Safi.
- Zainudin Zaidan (12 tahun) – Pelajar
baru yang berpindah ke sekolah itu. Pernah tinggal di England ketika
bapanya menyambung pelajaran PhD di sana. Pernah berlatih bersama kelab
Arsenal Junior. Memegang posisi pemain tengah yang mempunyai peranan
bebas.
- Badrul Bakhtiar (11 tahun) – pemain
posisi tengah yang tenang dan bersahaja. Suka tersenyum ketika bermain,
gemar menggelecek lawan dan mampu menjaringkan gol dari jarak jauh.
- Cikgu Fasha (umur rahsia) –Mengajar
sains dan matematik. Workaholic
tidak kena pada tempatnya. Terlalu skema, garang dan hanya mementingkan
peperiksaan. Tidak berminat dengan sukan. Menjadi penghalang pelajar
berlatih kerana memberi kerja rumah yang terlalu banyak dan suka membuat
kelas tambahan. Tidak disukai guru-guru lain kerana suka mencuri masa guru
lain mengajar.
- Kak Ayu (25 tahun) – Seorang guru di
sekolah lain. Kakak Zainudin Zaidan yang meminati bola sepak. Memberi
sokongan padu kepada pasukan bola sepak. Menjadi perangsang tidak langsung
kepada pengurus pasukan.
Sinopsis Keseluruhan
Ustaz Syamil, seorang guru baru yang bertugas di sebuah sekolah agama
rakyat telah diamanahkan untuk melatih satu pasukan bola sepak bagi mengharungi
sebuah kejohanan peringkat negeri dalam masa sebulan.
Terdapat pelbagai
masalah yang timbul sepanjang persediaan tersebut seperti:
-
keadaan
kewangan sekolah yang terhad
-
guru
akademik yang tidak membantu, mementingkan akademik sahaja.
-
ketiadaan
padang, fasiliti dan peralatan yang sempurna.
-
ketidakmampuan
pemain membeli kasut bola.
-
para
pemain mendapat kritikan rakan-rakan sekelas.
Walaubagaimanapun, Ustaz Syamil melihat semua
masalah tersebut sebagai cabaran yang harus ditangani untuk melahirkan bakal
juara. Berbekalkan pengalaman dan buah fikiran yang kreatif, dia telah
merencanakan pelbagai rancangan bagi membangunkan pasukan bola sepak sekolah
itu.
Walaupun pada mulanya usaha tersebut dipandang
sepi oleh sesetengah guru, lama-kelamaan pihak sekolah dan para ibu bapa mula
memberikan sokongan. Didorong pula oleh semangat pemain yang tekun menjalani
latihan. Disamping itu, kehadiran Ayu (kakak kepada salah seorang pemain) yang
sering menyaksikan sesi latihan membuatkan Ustaz Syamil bertambah semangat.
Dalam diam-diam dia menyimpan perasaan tetapi sekadar dipendamkan kerana
mentaati syariat.
Natijah daripada semua faktor itu, akhirnya tim
bola sepak sekolah telah menjadi juara peringkat negeri. Kejayaan sekolah agama
rakyat dalam sukan mula membuka mata banyak pihak. Para guru dan ibu bapa mula
memberi galakan.
Bab 1
Ustaz Syamil menerima arahan daripada guru besar
untuk menyediakan satu pasukan bola sepak sekolah bagi mengharungi Kejohanan
Sukan Sekolah Agama Rakyat dalam masa sebulan. Pemilihan pemain mula diatur
tetapi mendapat sedikit masalah disebabkan sikap Cikgu Fasha yang sering mengadakan
kelas tambahan di sebelah petang sehingga menghalang pelajar turun menjalani
sesi uji bakat dan latihan.
Bab 2
Para pelajar lelaki tahun enam yang telah
dinafikan minat mereka oleh Cikgu Fasha mula mencari jalan keluar tetapi gagal.
Mereka telah mengadu perkara tersebut kepada Ustaz Syamil dan satu mesyuarat
diadakan untuk membincangkan masalah tersebut. Hasil perbincangan itu, pelajar
tahun enam diberi peluang untuk menyertai pasukan itu.
Bab 3
Peluang yang diperoleh digunakan sepenuhnya oleh
empat orang jejaka darjah enam iaitu Safi, Amar, Shafiq dan Shahrul. Mereka
giat turun padang sehingga mereka terpilih sebagai wakil sekolah. Walaupun
sering diperli oleh Nabila dan rakan-rakannya, mereka sedikit pun tidak
berkecil hati. Kehadiran Zainudin Zaidan atau nama glamournya Zidan (pelajar
baru) yang berbakat membantu menguatkan lagi barisan pemain.
Bab 4
Bakat terpendam mula dicungkil satu per satu.
Masalah utama pemain dikenalpasti dan langkah penyelesaian dirancang dengan
teliti. Disebabkan ketiadaan fasiliti dan padang bola, mereka terpaksa berlatih
di sebuah padang bola di hujung kampung. Walaupun begitu, mereka terpaksa
berebut padang bola itu dengan penduduk kampung yang bermain bola pada sebelah
petang. Akhirnya mereka terpaksa mengalah.
Bab 5
Kehadiran Ayu (kakak Zidan) menyuntik semangat
baru buat Ustaz Syamil yang hampir-hampir berputus-asa. Cuti penggal pertama
dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pemain dengan mengadakan latihan intensif.
Pelbagai skil baru dipelajari dan dikuasai.
Bab 6
Perlawanan persahabatan direncanakan dengan
sekolah tempat Ayu mengajar. Tim sekolah tidak berputus asa walaupun kalah.
Mereka berazam memperbaiki kelemahan.
Bab 7
Bagi menaikkan lagi semangat kesukanan, mereka
telah merancang untuk membeli kasut bola dan membuat jersi. Mereka melakukan
pelbagai cara untuk mendapatkan kasut dan jersi idaman mereka.
Bab 8
Hari pertandingan semakin hampir. Para pemain
terus menjalani latihan walaupun hujan. Nama pasukan, motto, logo dan bendera
mula dicipta secara bergotong royong. Rakan-rakan sepasukan hilang semangat
tatkala mendengar berita bahawa salah seorang rakan mereka demam kerana bermain
hujan. Ustaz Syamil lantas menenangkan keadaan dan mengembalikan semangat anak
buahnya.
Bab 9
Hari yang dinantikan telah tiba. Mereka layak di
peringkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir dan akhirnya menjadi johan. Pihak
sekolah terutama para guru dan ibu bapa mula membuka mata mengenai potensi
anak-anak mereka. Pelbagai bantuan mula dihulurkan bagi membantu menaikkan nama
sekolah agama rakyat.
Bab 10
Selepas tamat kejohanan, para pemain terutama
pelajar darjah enam mula menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.
Mereka belajar secara berkumpulan. Hasilnya, mereka berlima mendapat keputusan
yang cemerlang dalam UPSR. Cikgu Fasha mengucapkan tahniah kepada mereka.
Semenjak hari itu, Cikgu Fasha menjadi peminat nombor satu pasukan bola sepak
sekolah.
Akhirnya menjadi novel (anda ada sinopsis novel?) |
perkongsian yg menarik..syukran
BalasPadamMenarik!
BalasPadam