Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Jumaat, 22 Februari 2013

Ekspo Buku Islam - Mengapa Anda Perlu Hadir?


Mengapa anda perlu menyertai Ekspo Buku Islam 6 Putrajaya?

Selalunya apabila anda berada di pesta buku atau ekspo buku pasti antara objektif utama yang tercetak difikiran anda adalah untuk mencari buku berkualiti untuk hadaman akal.

Buku yang berkualiti dan punyai sumber ilmu itu pula akan diekstrak untuk dijadikan panduan dan pedoman melaksanakan kehidupan.

Memang inilah persoalan yang sering melanda seorang pencinta buku, mereka benar-benar obses dengan ilmu semata-mata untuk amal dan pahala.

Jadi kali ini, jika anda berada berdekatan dengan Putrajaya silalah singgah ke Ekspo Buku Islam 6 Putrajaya. Klik di sini

Antara aktiviti yang ada di Ekspo Buku Islam 6 Putrajaya mulai 22 febuari 2013 hingga 03 Mac 2013 ialah:
  1. Aktiviti Bedah Buku
  2. Diskusi Agama
  3. Pelancaran Buku
  4. Bersama Selebriti
  5. Persembahan Nasyid serta
  6. Demo Masakan
Nota: Jika anda mahu menjadi penulis Galeri Ilmu, dapatkan buku dan novel daripada syarikat kami dan jadikan manual untuk projek buku anda. Gunakan kaedah eksperimen dan kaji kekuatan penulisan anda.

Selamat berkunjung ke Ekspo Buku Islam 6 Putrajaya!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan