Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Selasa, 21 Mei 2013

'Sepanjang Menulis Jangan Lupa Bangun Solat Malam' - Prof Kamil

Klik di sini
Sebagai bakal penulis dan penulis tentunya kita mahukan nasihat dan panduan yang baik daripada mentor penulisan. 

Tidak kira mentor penulisan yang kita selalu hubungi ataupun 'mentor senyap' yang sentiasa membakar api perjuangan untuk terus terang dalam arena penulisan.

Faktor utama kita memerlukan nasihat adalah kerana untuk mengekalkan momentum penulisan supaya dapat terus menghasilkan buku-buku berkualiti dan memandaikan bangsa.

Saya suka sekali petikan kata daripada Prof. Kamil di dalam surat khabar Kosmo yang mengatakan, “Pertama, menulislah kerana Allah. Kedua, mohonlah kepada-Nya supaya diberi ilham dalam menghasilkan penulisan yang baik.

“Sepanjang kita menulis jangan lupa bangun solat malam, bertahajud dan bermunajat agar apa yang ditulis adalah berdasarkan ilham yang benar. Selain itu, sentiasa berdoa supaya khalayak dapat memahami apa yang kita persembahkan. Ilmu itu anugerah Allah. Allah memberi ilmu kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Kita hanyalah bala tenteranya,” ungkap beliau penuh berhemah.
 
Mengulas mengenai perkembangan buku-buku dan novel berkonsep Islamik di Malaysia, Muhd. Kamil mempunyai pandangan tersendiri.

“Jika ia dilakukan semata-mata kerana Allah, insya-Allah, ia akan menyerap ke hati sekali gus menjadi alat dakwah yang berkesan. Jika tidak, ia hanya satu jenama seumpama produk-produk lain di pasaran.

“Penulis yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, pembaca akan membaca sebagai satu tabiat mengisi masa lapang dan lebih parah ia hanya tebuk-tebuk di sana sini. Malah, ada jalan ceritanya tidak memenuhi syariah. Ia hanya label di kulit buku sebagai alat mencapai keuntungan.

“Bagaimanapun, kami berdoa agar ia benar-benar membawa mereka yang terlibat sama ada penulis mahupun pembaca hampir kepada-Nya,” tutur beliau.

Sebagai editor, saya mengingatkan diri saya dan bakal penulis di luar sana supaya kita membetulkan niat kita menulis.

Lihat niat kita supaya objektif penulisan kita tercapai dan sentiasa evergreen hingga kita menutup usia.

Wassalam.

2 ulasan:

  1. rasa terharu membacanya. apa yang dialami sendiri sekitar beberapa bulan kebelakangan ni apabila diri merasa perlu serius menulis. setiap kali mahu menulis , saya akan mengambil wuduk... kekerapan mengambil wuduk sehingga fikir-fikirkan ... dalam masa satu hari saya berada di dalam wuduk. Niat menulis kerana_Nya. cuba menulis mengikut cara yang betul. Hikmah sentiasa berwuduk , cuba bangun untuk solat di malam hari , alhamdulillah Allah memelihara saya dari anasir negatif yang menganggu.

    BalasPadam
  2. Insya-Allah semakin kita dekat dengan Allah semakin banyak yang Allah kurniakan kepada kita. Teruskan menulis kerana perjuangan untuk memandaikan bangsa dan mendapat redha Allah.

    BalasPadam