Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Rabu, 19 Jun 2013

Bagaimana Kerjaya Seorang Editor?

Kita sudah tahu siapa itu editor sedikit sebanyak. Seorang manusia yang bekerjaya mengedit. Kita lihat pula rutin tugas seorang editor.

Kerja editor bermula seawal pencarian manuskrip. Membina judul-judul buku untuk diterbitkan. Menggembleng idea, mengerah ilham mengenai buku yang perlu ada di pasaran. Lalu pencarian diiklankan, diberitahu kepada orang-orang tertentu. Apabila produk buku mula dikenali, maka datanglah proposal dan manuskrip yang berkaitan ke peti masuk e-mel editor mahu pun peti surat pejabat penerbit editor berada.

Karya dinilai, dikomen, diminta ditambah baik, dinilai kembali, dimesyuaratkan, diluluskan atau sebaliknya. Karya sebetulnya bukan ditolak. Ditolak dalam erti kata lebih santun bilamana penulis sudah tidak sehaluan dengan penerbit. Situasi berlaku apabila penulis mahu tulis karya yang bukan dalam ruang fokus penerbit. Selama mana penulis bersedia dan mampu menepati fokus penerbit, lambat-laun karyanya pasti terbit, bukan dalam bentuk novel mungkin dalam bentuk karya yang layak dengan kemampuan penulis.

Dari kulit ke kulit, editor bertindak sebagai pengurus yang memberi buah fikiran dan kadangkala keputusan.

Tiba bab promosi, acara pentas bersama penulis, editor memainkan peranan dalam konteks perhubungan awam. Mengenalkan buku kepada masyarakat, mengenalkan penulis kepada pembaca, bahkan kepada staf penerbit yang lain termasuklah kepada pengarah urusan, pengarah jabatan, pereka bentuk, pegawai pemasaran, penyambut tetamu, pengurus kewangan, kerani, pekerja stor dan semua yang perlu tahu siapa penulis. Sebab apa? Sebab penulis hanya berurusan dengan editor, editorlah yang berurusan dengan semua orang tadi hinggalah bukunya sampai kepada pembaca.

Justeru, kerjaya editor bukan sekadar menghadap skrin komputer, membaca dan mengedit.

4 ulasan:

  1. boleh kah tunjuk saya cara cara nak buat buku skrab kerjaya (editor)

    BalasPadam
  2. boleh kah tunjuk saya cara cara nak buat buku skrab kerjaya (editor)

    BalasPadam
  3. Apakah kesilapan dan cabaran yang sering dialami apabila bertugas sebagai editor?

    BalasPadam
  4. rasa seronok jdi editor ke writer ek ?

    BalasPadam