Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Isnin, 10 Jun 2013

Tip penulisan - Khairy Tajudin Terus Produktif

Tuan Khairy Tajudin merupakan seorang penulis yang aktif menulis. Karya pertama beliau iaitu 'Tariq United' disiapkan dalam tempoh singkat sahaja, iaitu tiga bulan.

Selepas itu beliau mengorak langkah dengan menghasilkan novel 'Budak Komik', 'Budak U' dan beberapa lagi novel yang mendapat sambutan hangat pembaca.

Apakah yang menyebabkan beliau terus aktif menulis?

Kepada anda yang ingin mengetahui rahsia beliau menulis dengan produktif boleh bertanya beliau, KLIK DI SINI.

Rahsia Tuan Khairy menulis:

1. Menulis pengalaman (perkara yang dekat di hati)

2. Disiplin dengan masa

3. Sentiasa membaca karya-karya yang berkaitan dengan genre penulisan

4. Sentiasa bertanyakan kepada editor karya apa yang boleh ditulis (mengikut kehendak penerbit)

5. Berdoa dan selalu keluar di jalan Allah yakni berdakwah kepada manusia lain berkaitan kebesaran Allah

Pada bulan ini beliau muncul lagi dengan karya terbaharu beliau iaitu 'Himpunan 20 Kisah Pahlawan Islam'.

Semoga anda semua terinspirasi dengan semua karya yang ditulis oleh Tuan Khairy.

Sinopsis: Himpunan 20 Kisah Pahlawan Islam ini mengisahkan 20 cerita yang berlaku dalam kehidupan para pahlawan Islam terdahulu. Kesemua kisah tersebut diolah semula dalam bentuk kreatif untuk menarik minat kanak-kanak membaca dan memudahkan mereka memahaminya.

Kekuatan tentera Islam tidak terletak pada jumlah tentera dan kecanggihan senjata. Dalam kebanyakan peperangan, jumlah tentera Islam jauh lebih sedikit berbanding musuh tetapi tentera Islam sentiasa mendapat bantuan Allah SWT. Bantuan daripada Allah akan turun atas asbab-asbab tertentu dan para pembaca akan dapat mengetahui rahsia-rahsia tersebut di dalam buku ini, insya-Allah. Semoga kita beroleh hidayat daripada Allah SWT untuk meneruskan perjuangan menyebarkan Islam sehingga hari kiamat.
Tulis, tulis dan tulis

Karya terbaharu bakal terbit 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan