Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Khamis, 6 Jun 2013

Tip penulis - Bagaimana Menentukan Judul Buku

Memilih judul buku adalah perkara yang sering menjadi masalah kepada penulis. Kadangkala seharian buntu untuk memikirkan tajuk apa yang sesuai untuk buku mereka.

Ada penulis yang menentukan tajuk buku seperti tajuk-tajuk yang sedang laku keras di pasaran.

Ada penulis yang menentukan tajuk buku seperti tajuk-tajuk unik yang belum ada di pasaran.

Kedua-duanya bagus.

Akan tetapi perlu ingat, akhirnya yang menentukan tajuk judul adalah editor yakni 'tulang belakang' kepada penerbit. Jika tajuk yang saudara tulis baik, maka diterima editor. Jika tidak, pendamlah perasaan.

Bagaimana menentukan judul:

1. Judul mesti perlu terus kepada penulis sasaran (suami, isteri, anak-anak, guru dan sebagainya)

2. Judul tidak membawa menggunakan perkataan yang negatif seperti 'PANDUAN MENGATASI MASALAH ANAK NAKAL'. Judul yang baik adalah 'PANDUAN MENDIDIK ANAK NAKAL'.

3. Judul yang ditulis tidak terlalu am seperti 'PENULISAN E-BOOK'. Judul yang sesuai adalah 'PENULISAN E-BOOK UNTUK PELAJAR UNIVERSITI' jika sasarannya ditujukan kepada pelajar universiti.



Tajuk yang sesuai untuk sasaran bakal pengantin dan mereka yang ingin mendirikan rumah tangga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan