Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Selasa, 30 Julai 2013

4 Prinsip Penulisan Cikgu Waqiuddin Chan Siri 2

Sumber rujukan - Sebagai seorang penulis, sumber rujukan adalah bahan yang sangat penting. Saya mengadaptasi sumber karya yang tebal untuk dijadikan buku kanak-kanak. Buku kanak-kanak perlu kepada bahasa yang mudah mereka fahami. "Kerja saya kumpul bahan atau khazanah karya yang tebal untuk dijadikan buku kanak-kanak," kata Cikgu Waqiuddin.

Bergaul dengan penulis dan editor - Seorang penulis atau editor yang baik sentiasa memberi inspirasi kepada penulis. Sebagai contoh, Tuan Zaharuddin dan Tuan Rohidzir Rais adalah individu yang sentiasa memberi inspirasi daripada sudut penulisan. Bergaul dengan individu seperti mereka membolehkan seorang penulis cepat konsisten dalam karya. Kata seorang mentor saya, Tuan Rohidzir Rais, "Seseorang itu adalah penulis kalau dia terus menulis."

Kredit gambar daripada page beliau 

Cikgu Waqiuddin Chan menerima dokumen perjanjian bukunya





Tiada ulasan:

Catat Ulasan