Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Selasa, 30 Julai 2013

Bagaimana Penulis Dapat 'Mempertahankan' Royaltinya?

Apakah maknanya seorang penulis yang sentiasa dapat 'mempertahankan' royaltinya?

Seorang penulis yang dapat 'mempertahankan' royaltinya adalah seorang penulis baik yang dapat terus 'hidup' dalam pasaran. Buku mereka evergreen dan dapat dicetak berkali-kali malah berterusan.

Rahsianya? Mereka terus menulis dan menulis!

Contoh penulis yang dapat bertahan dengan royalti buku bersama Galeri Ilmu adalah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Prof Kamil, Syed Alwi Alatas dan ramai lagi.

Apakah kekuatan yang ada pada mereka?

1. Mereka sentiasa aktif menulis. Sama ada di blog, facebook, twitter dan sebagainya.

2. Gaya bahasa yang mereka gunakan bertahan lama dalam pasaran iaitu menggunakan Bahasa Melayu Penuh atau BMT - Bahasa Melayu Tinggi.

3. Mereka mempunyai semangat (passion) menulis yang tinggi. Seperti Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, beliau tidak akan tidur sebelum menulis di blog beliau. Katanya sudah jadi tabiat!

4. Mereka berbakat. Anda juga berbakat dengan cara anda sendiri. Cungkil bakat anda dengan menulis sekarang!

5. Mereka membina komuniti mereka yang tersendiri. Mereka ada ramai banyak peminat!

Mulakan langkah pertama anda membina 'pahala royalti' dengan menulis bersama Galeri Ilmu!


Rasa evergreen bukan?

Berpuluh kali cetakan

Novel yang mengajar anak anda suka makan sayur


Tiada ulasan:

Catat Ulasan