Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Selasa, 30 Julai 2013

Tip Penulis - Kategori Penulis Yang Royaltinya Sekejap

Terdapat ramai penulis yang melakukan kesilapan dalam dunia penulisan. Mereka sangka dengan menulis karya yang meletup dan terlajak laris mereka dapat bertahan dalam industri buku tetapi tidak.

Antara kategori penulis yang royaltinya sekejap adalah:

1. Apabila karya mereka yang pertama, kedua atau ketiga meletup di pasaran mereka terus berhenti menulis.

2. Menulis atas dasar ikut-ikut orang. Orang keluarkan karya itu, dia keluarkan karya itu.

3. Mereka tiada perancangan membina jenama mereka sebaliknya mereka penat membina populariti mereka yang sekejap.

4. Karya yang ditulis mudah dihasilkan, jadi pendapatan royalti mereka sukar dihasilkan.

5. Mereka tulis banyak, tetapi hasil sikit. Mereka banyak berfikir, tetapi idea yang keluar sikit.

Berhati-hati dengan karya yang meletup. Bimbang nanti anda terletup sama. Hati-hati membina royalti supaya anda juga dapat menuai 'pahala royalti' yang tidak sekejap.

Membina pahala royalti

Tuan Khairi Tajudin menjual karya sendiri

Promosi = Royalti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan