Hakikatnya daripada Allah. Antara pintunya:
1. Pengalaman
Sama ada dialami sendiri atau berkongsi kisah dengan orang lain.
2. Pembacaan
Penulis selalunya cenderung menghasilkan karya sekitar buku-buku yang pernah dibacanya, dengan dialog klise, "Aku pun boleh buat buku begini, lagi baik pun boleh."
3. Orang
Pelbagai psikologi manusia yang ada, akhirnya muncul idea untuk menulis. Melalui percakapan, pengaruh dan sebagainya anda boleh adaptasi idea mereka dalam penulisan.
4. Minat
Minat yang mendalam menerbitkan bakat. Jika minat insya-Allah semuanya Allah permudahkan. Persoalannya, tanya diri anda adakah anda minat menulis? Atau sebenarnya anda minat membaca sahaja. Minat membaca dan minat menulis adalah dua perkara yang berbeza.
Nota: Orang yang suka membaca tidak semestinya banyak menulis. Orang yang menulis sudah tentu banyak membaca
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan