Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Isnin, 15 Julai 2013

Mengekalkan Momentum Penulisan

Banyak penulis yang sudah menyiapkan separuh daripada karyanya namun hilang momentum penulisan secara tiba-tiba. Faktornya? Ada banyak.

Contohnya, bagi penulis lelaki momentum penulisan terhenti apabila kerja terlalu banyak di pejabat, masalah anak, masalah itu ini. Sudahnya terlupa menyambung karyanya yang 'gantung tidak bertali'.

Bagi wanita pula, faktor lain yang boleh mengganggu adalah kerana mahu bersalin. Jadi tumpuan sudah lari 360 darjah.

Untuk mengekalkan momentum penulisan:

1. Betulkan niat dan sentiasa berdialog dengan Allah. Sebagai contoh, "Ya Allah mudahkanlah tanganku ini untuk menulis ayat-ayat yang Engkau redha supaya terus lancar dan mudah difahami pembaca." Allah Maha Mendengar, jadi berdoalah.

2. Sentiasa menulis nota pada buku matlamat. Sebagai contoh tulis begini, "Saya perlu siapkan karya bertajuk, 'Nampak Sampah, Kutip!' pada hujung bulan ini.

3. Sentiasa berhubung dengan editor untuk diberikan dorongan. Kongsi masalah dengan editor.

4. Bergaul dengan penulis yang produktif supaya semangat menulis kekal segar.

Selalu berjumpa dengan rakan penulis untuk didorong dan mendorong.

2 ulasan:

  1. Teruskan menulis Web Sutera..mohon share artikel ini di laman sosial yang lain.

    BalasPadam