Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Khamis, 18 Julai 2013

Tulis Di Mana Sahaja

Penulis ialah orang yang sentiasa kaya dengan idea. Justeru, penulis yang mempunyai cita-cita yang tinggi pasti memanfaatkan masa dan ruang untuk menulis.

Tulis dan terus menulis.

Sifat seorang penulis yang baik ialah mampu menulis di mana-mana sahaja. Tidak perlu tempat yang tenang dan damai pun seorang penulis mampu menulis dengan baik.

Sebagai contoh, ada penulis yang mampu menulis dengan baik apabila berada di kawasan yang sibuk, seperti di kawasan lalu lintas yang bising.

Namun bukan semua penulis begitu. Ada juga yang hanya menulis apabila keadaan menjadi tenang, tiada gangguan dan sebagainya.

Mulai sekarang buang sikap memilih-milih untuk menulis.

Penulis mampu menulis di mana sahaja. Apa yang penting sejauh mana daya peka yang tajam, skil dan alat bantu seperti perakam suara mampu dimanfaatkan dengan baik.

Semakin banyak menulis, seorang penulis semakin mampu menulis di mana sahaja mereka berada.

Selamat menulis dan menikmati kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan