Jawapan: Untuk menjadi penulis yang baik, wajib rajin membaca, menelaah dan memerhati. Kemudian mentaakul setiap ilmu yang diperoleh itu. Taakul dengan semangat untuk mengambil pengajaran, untuk berkongsi. Konsep ini lebih kepada amalan belajar sepanjang hayat, selari dengan anjuran Nabi Muhammad (SAW).
Jangan sombong dengan ilmu, justeru itu milik Allah. Oleh kerana milik Allah, buat apa kita sombong, kelak Allah boleh sahaja menarik balik ilham dan pemahaman ilmu itu. Baca, taakul dan tulis. Buat adaptasi di mana perlu, kemudian persembahkan kepada khalayak. Ikhlaskan niat, insya-Allah, ilmu itu bakal beroleh manfaat untuk diri sendiri dan orang lain yang membacanya.
Penulis wajib ikhlas menulis * Web Sutera
Sifu Tuan Zakaria Sungib sedang mengajar tentang ilmu penulisan |
Staf Galeri Ilmu diajar menulis buku oleh sifu |
Berangan mahu jadi sifu |
Nota: Dapatkan buku saya di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan