Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Khamis, 25 Julai 2013

Temubual Ekslusif Bersama Penulis Tuan Web Sutera


Bercerita mengenai kejayaan, banyak pembaca mahu tahu apakah teknik dan strategi supaya menghasilkan karya mereka sendiri. Apakah caranya supaya seseorang penulis boleh terus menghasilkan karyanya? (tulis pengalaman tuan.puan/cik semasa menulis)

Jawapan: Jangan tulis kerana duit semata-mata, betulkan niat. Tulis untuk dakwah dan saling mengingati. Itu hasrat saya, dan syukur Allah berikan kemudahan. Wang perlu, tapi redha Allah paling utama. Saya jahil, sahabat, saya pernah silap langkah. Saya sedar. Doa, taubat dan tawakal. Kasih dan cinta Allah untuk kita, insya-Allah. Niat bersih, duit ikut kita dari belakang, jadi hamba kita, bukan sebaliknya.

Mungkin, hikmah saya boleh istiqamah dan kuatkan semangat di sela-sela blok minda menulis dan kemalasan ialah justeru menulis dari hati. Menulis dari kesedaran yang saya perlu buat sesuatu.

Saya tidak mendalam ilmu agama. Cuma ingin belajar betulkan diri, mahu berubah, niat luruskan langkah sendiri yang terasa pincang. Mengaku di hadapan Allah. Mahu berubah dan berhijrah, menjadi lebih baik. Menjadi Champion dari sudut tersendiri.

Membaca buku-buku yang baik, kitab, al-Quran. Kemudian fahami, taakul dan serap. Amalkan, insya-Allah. Dirikan yang wajib, buatkan yang sunat. Usaha, doa dan tawakal.


Jika mahu berbual tentang sejarah Tuan Web Sutera adalah orang yang tepat

Beliau suka menulis buku tebal-tebal

Tebalnya....jadi rakan facebook beliau di sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan