Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Jumaat, 4 Januari 2013

Menyuntikkan Roh Islam Di Dalam Novel Islami


Disediakan oleh: Zakaria Sungib GALERI ILMU SD. BHD.

Novel Islami adalah novel yang mempunyai roh atau nafas Islam. Islam terasa ‘hidup’ di dalam novel itu, bukan sekadar diperkatakan. Berikut adalah apa yang penulis boleh lakukan supaya novelnya ada roh Islam:

1.      Mencipta watak-watak yang mempunyai sifat-sifat mulia.

Ada watak yang mempunyai banyak sifat mulia sedari awal. Ada watak buruk yang sekali-sekala melakukan perkara mulia. Ada pula watak yang asalnya buruk tetapi dikembangkan menjadi watak yang suka melakukan perkara mulia. Watak ciptaan ini adalah watak yang pembaca akan suka dan terangsang untuk salin pada dirinya. Dengan membaca kisah orang sabar, mudah-mudahan pembaca pun boleh sabar. Begitu juga apabila membaca kisah orang yang redha, orang yang bertaubat, yakin, pemaaf, berani, tawakal, rindu pada Allah, sangat penyayang, sangat cinta al-Quran, mudah-mudahan pembaca dapat menyalin sifat-sifat itu pada dirinya.
bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan