1. Bukunya banyak menjadi bestseller.
2. Membangunkan penulis-penulis bestseller.
Situasi yang mirip dengan pengurus pasukan bola sepak. Siapa yang terlintas? Alex Ferguson?
Maknanya, editor yang berpengaruh sering dikelilingi oleh istilah bestseller dari segi buku dan penulis. Dia juga haruslah seorang editor yang mampu membuatkan seorang penulis yang kosong kepada terulung.
Kenapa mesti yang berkaitan bestseller? Dalam ruang lingkup pasaran Malaysia, buku yang bestseller bukan selalunya bernilai sastera yang tinggi. Mengapa tidak dikatakan saja editor berpengaruh itu bukunya selalu memenangi hadiah sastera? Pengaruh dalam konteks artikel ini adalah untuk orang awam. Siapa lagi yang terkenal? Penulis novel sastera atau penulis novel kontemporari? Pengaruh siapa pula yang mahu diraih? Golongan kebanyakan atau golongan tertentu? Artikel ini memilih fokus berkaitan editor yang berpengaruh dalam masyarakat.
Bagaimana menjadi editor yang berpengaruh? Cara berfikir dan cara bekerja. Pengalaman dan kemahiran bersinergi pada waktu (peluang dan ruang) yang tepat, situasi yang tepat dan orang yang tepat.
Cara mencapainya? Banyakkan mengkaji faktor buku dan penulis bestseller. Ada fokus. Tidak merangka buku membuta tuli. Kenal pembaca. Tahu jangka pasaran. Bahkan kadangkala menjadi mindsetter, risk taker.
Jangan kedekut ilmu, berkongsi pengetahuan menjadikan editor lebih dihormati. Editor perlu belajar dan terus belajar tingkatkan ilmu penyuntingan, berani mencuba pasaran baharu di luar kebiasaan berdasarkan kajian situasi semasa dan ikuti langkah editor yang sudah berjaya.
Apabila usaha dan tawakkal bersatu, hanya masa menyaksikan sejauh mana pengaruh seseorang editor.
Berkaitan: Kerjaya seorang editor, Siapakah editor?
Siapa sedia berbengkel dengan saya? Klik sini |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan