1. Membawa motivator iaitu Tuan Mohd Asyraf Azehar merangkap eksekutif pemasaran Galeri Ilmu untuk mengadakan program motivasi UPSR kepada pelajar tahun enam.
2. Mengadakan bengkel penulisan asas menulis kepada guru-guru yang berminat untuk menjadi novelis Galeri Ilmu.
3. Memperkenalkan buku-buku dan majalah keluaran Galeri Ilmu kepada pelajar dan guru.
4. Menjual produk buku dan majalah kepada pelajar dan guru sama ada dengan kaedah langganan, retail dan sebagainya.
Sebab nombor 2 adalah faktor penting mengapa editor perlu hadir ke sekolah dan mengambil peluang untuk memberi latihan kepada guru-guru untuk menulis.
Walaupun tempohnya sekejap tetap bermakna.
Ramai guru menyangka bahawa mereka tiada peluang berkarya kerana mereka sibuk dan tiada masa. Mereka percaya mereka ada bakat tetapi mereka tidak percaya mereka juga mampu menghasilkan buku.
Justeru, peluang untuk bertemu guru adalah landasan terbaik untuk berjumpa, beramah mesra dan meneroka fikiran guru untuk cerna idea berkenaan buku yang mereka boleh tulis.
Sambil tim pemasaran sibuk memberi motivasi dan menjual buku, editor buku juga perlu sibuk untuk mencungkil bakat penulis.
Sebab itulah saya akan terus ke sekolah-sekolah seterusnya untuk mencari guru-guru yang berbakat dalam bidang penulisan.
Semakin banyak guru menulis semakin mudah untuk menjual karya mereka kepada pelajar-pelajar.
Kepada sekolah-sekolah yang ingin menjemput tim pemasaran Galeri Ilmu untuk mengadakan program motivasi percuma kepada pelajar tahun enam hubungi Cik Suriati 013-6697992.
Tuan Mohd Asyraf Azehar menyampaikan motivasi pelajar kepada pelajar tahun enam |
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya Puan Habsah Hj Taib (kanan) berminat menjadi penulis Galeri Ilmu |
Mencungkil bakat penulisan guru |
Tim pemasaran melakukan jualan buku dan majalah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan