Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Rabu, 31 Julai 2013

Karya Yang Tidak Diterima Editor

Jika penulis menghantar karya selain daripada buku-buku yang kami terbitkan, kemungkinan untuk karya itu dipulangkan amat tinggi. Di Galeri Ilmu, kelainan novel yang kami terbitkan berbanding novel-novel yang berada di pasaran ialah terletak pada nilai dan label tarbiah yang kami perjuangkan. Novel kami hadir di pasaran sebagai alternatif kepada para pembaca yang mahukan novel juga dalam masa sama dapat mentarbiah secara santai.

Kekuatan lain novel Galeri Ilmu ialah penggunaan Bahasa Melayu standard atau lebih dikenali dengan nama Bahasa Melayu Tinggi bagi membolehkan novel-novel kami dibaca di sekolah. Selain itu, novel-novel kami juga berbentuk patuh syariah atau syariah compliant.

Justeru, karya yang dipulangkan semula atau karya yang tidak diterima selalunya menyalahi ciri-ciri di atas. Sebagai contoh, saya pernah terima karya yang menunjukkan babak seorang lelaki melamar seorang perempuan dengan berlutut seperti adegan di dalam filem Inggeris. Babak ini sememangnya tidak menepati dengan nilai tarbiah yang Galeri Ilmu bawa.

Juga perlu diingatkan, untuk mencegah kemungkaran, menerusi novel kami, kami tidak membenarkan penulis menyatakan kemungkaran yang dibuat secara rinci, kemudian barulah mengambil pelajaran. Ini seolah-olah mengajar pencuri cara-cara mencuri. Bukan cara kami mencegah aib dengan mendedah aib, lebih-lebih lagi yang melibatkan watak utama. Babak hitam sesuatu watak perlu disampaikan secara ringkas dan tidak meleret-leret.

Jika berkelapangan anda boleh hadir ke pejabat Galeri Ilmu dengan melakukan janji temu

Bengkel mini percuma jika anda hadir berjumpa saya

Iklan raya

Novel tarbiah Galeri Ilmu seharusnya memberi harapan dan contoh ikutan yang baik untuk dipraktikkan pembaca, bukan sebaliknya. Mahu tidak mahu, penulis perlu cipta watak yang mempunyai akhlak yang baik dalam novelnya. Tidak semestinya watak utama, boleh jadi watak pembimbing kepada watak utama. Akhiri novel dengan kemenangan di pihak yang benar, dan pesalah mengakui kesilapan dan bertaubat dengan dosa yang pernah dibuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan