Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Khamis, 15 Ogos 2013

Calon Penulis dan Dorongan Penulisan

Ramai calon penulis berasa keseorangan. Mereka tidak dapat bimbingan dan dorongan daripada sesiapa. Kebanyakan calon penulis tiada mentor dalam mengejar matlamat penulisan mereka.

Disebabkan ketiadaan motivasi dan dorongan karya banyak tertangguh. Idea luput ditelan zaman dan semangat untuk menulis kian luntur.

Di sini perlunya calon penulis untuk mempunyai mentor atau bergaul dengan penulis yang berpengalaman. Seorang calon penulis yang bergaul dengan penulis berpengalaman lebih mudah menyiapkan karya mereka.

Sebagai contoh, Cikgu Wan Zayu Hisham bergaul dengan ramai mentor beliau. Salah seorang mentor beliau adalah pengarah jabatan buku Galeri Ilmu iaitu Tuan Hj Zakaria Sungib.

Beliau bertanya, berdiskusi dan memerah idea bersama mentornya. Keputusan yang beliau dapat amat lazat. Karya beliau cepat siap dan beliau terus menulis sampai hari ini.

Dengan adanya dorongan karya mereka lebih mantap, mereka bertambah yakin dan mereka sentiasa ada idea baharu yang boleh diangkat menjadi karya hebat.

Selain daripada mencari mentor dan bergaul dengan penulis, calon penulis perlu menghadiri bengkel atau kursus penulisan.

Medan kursus memberi semangat, dorongan dan aura yang luar biasa untuk menghasilkan karya.

Sesudah mendapat semua itu, langkah seterusya adalah menulis dan terus menulis.

Mendorong penulis adalah kerja editor dan penulis sendiri

Mendorong pelajar menulis

Apabila terdorong kerja penulis dan editor menjadi mudah
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan