Bagaimana untuk mula menulis?
Apa persediaan yang perlu dilakukan?
Bagaimana mahu menulis?
Apa perlu ditulis?
Bagaimana kaedah dan tatacaranya?
Menerusi e-book ini, penerangan tentang asas penerbitan diterangkan dengan
begitu baik. Bakal penulis bakal mengetahui apakah sebenarnya rahsia bagi
membolehkan karya disukai dan diterima editor. Apa pula sebab-sebab karya
ditolak? E-book ini akan merungkai segala kekusutan anda.
Meskipun e-book ini ditulis oleh
editor daripada syarikat Galeri Ilmu, tidak bermakna intipati ini tidak boleh
digunakan untuk penerbit-penerbit lain. Beza antara penerbit hanya hala tuju
dan jenis penerbitan dan tatacara/kaedah penerbitan rata-ratanya sama sahaja.
Tidak ramai penulis baharu yang arif dengan hal tatacara ini menyebabkan mereka
menyerbu editor sesuka hati lantas menyebabkan karya ditolak atas sebab
format/fokus tidak sehaluan dengan penerbit atau lebih teruk, e-mel terus tidak
diendahkan editor (bayangkan jika yang sampai itu hanya e-mel dengan attachment
tanpa sebarang ayat rasmi. sudah pastinya akan dianggap sebagai SPAM!).
Di samping itu, terdapat beberapa
lampiran mengenai surat rasmi yang boleh diteliti oleh pembaca. Sangat membantu
kepada mereka yang masih bertatih dalam bidang penulisan dan penerbitan ini.
Saya mengharapkan akan ada
sambungan kepada e-book ini kerana terasa tidak puas membacanya!
Semoga pembacaan e-book ini bukan
sekadar menjadikan anda penulis yang karyanya diterima editor, tetapi juga
dihormati atas sebab tatacara yang betul dan sopan.
Tahniah kepada penulis dan
penerbit.
Shahkang
5 Ogos 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan