Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Selasa, 21 Januari 2025

Ulasan Novel Yoyo Siber!



Cuti sekolah buat apa? Baca novel ini, tentang yoyo! 

Novel yang sarat dengan tema perjuangan, bukan sekadar untuk memenangi pertandingan di bumi, bahkan membantu makhluk asing menentang penjahat di planet lain. 

Banyak yang boleh dipelajari tentang yoyo melalui novel ini. Kurang daripada 200 halaman, dengan font yang sesuai untuk kanak-kanak, ditambah grafik yang menarik, penulis bijak mengajak pembaca agar sentiasa menjadikan kebaikan mengatasi kejahatan. 

Sememangnya bacaan yang sangat berbaloi!

Sabtu, 24 Jun 2023

Harga LRT 24.6.2023

 Platform 1 Gombak dari KLCC ke Setiawangsa RM1.80, lalu 5 stesen sahaja.

Harga ganti kad ATM kena telan dengan mesin RM12, beri ic, imbas cap ibu jari kanan/kiri, sign borang, siap alhamdulillah. 

Sekian, moga bermanfaat. 

Selasa, 14 Julai 2015

Tip jawab PM (kredit Tuan Izan)

1. sebut nama pembeli
2. tanya buku (produk) apa yang dia biasa/suka baca (guna)
3. letak harga pada buku (produk)
4. minta umur (lingkungan) pembeli untuk data pembeli

Rabu, 24 Disember 2014

Forum Bersama Editor & Penulis

Pagi Ahad yang lengang. Pagi muram mungkin bagi sang harimau. Tahniah buat gajah. Ya, kami kalah bermaruah. Bukan ayat penyedap perasaan, lebih kepada ucapan terima kasih atas kesungguhan yang ditunjukkan. Kembali pada jadual asal, silap tengok waktu forum, mengubah rancangan bermotosikal kepada berkereta. Disangka jam 9 rupanya jam 8. Baru perasan ketika jam 7, dengan lokasi yang tak pernah dituju, lantas kunci kereta dicapai menuju ke destinasi forum.

Alhamdulillah, nah.
Allah bagi mudah, tepat jam 8 sampai ke dewan yang dicari. FBMK. Akronim Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Mengingatkan memori sewaktu mengaji di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sesi 2004-2009 dulu.

Kelihatan ramai pelajar berbanding orang luar. Kehadiran yang lebih ke arah memenuhi tuntutan fakulti. Terasa sayang tidak ramai orang industri buku yang mengambil manfaat melihat para panel yang hadir bukan calang-calang. Justeru, pendekkan masa, maaf didahulu jika khilaf sini sana, berikut secuil perkongsian yang mungkin ada manfaatnya daripada sesi yang pertama:

Dr. Mawar Safie

Bagaimana saya menulis? Who said being writer was easy?
Idea-Ilham-Inspirasi-Cerita diperlukan untuk menghasilkan novel/puisi/drama/cerpen.

Cari keyword dalam karya yang mahu dihasilkan, kemudian kembangkan dalam bentuk peta minda.
Penulis perlu ada sensitiviti terhadap persekitaran. Kebiasaannya, penulis itu bersifat pemalu di depan khalayak, sering berkonflik dengan fikiran separa sedarnya.

Antara sumber untuk mendapat idea penulisan:
1. Al-Quran
2. Memories & Fears
3. Solitude & Dreams
4. Germination

Pn. Siti Jasmina Ibrahim

Sebuah cerita yang baik, selalunya sekitar watak utama yang kuat, "Ini kisah saya, mari terokainya bersama saya." Dunia realiti adalah cermin kepada visual penulis, meski mungkin tidak sama, tetap terasa macam sama.

Cabaran penulis skrip drama/filem, mereka hanya ada sekitar 30, 60, 90 minit untuk mengikat penonton menyaksikan karyanya. Sebaliknya cerpen dan novel terpulang kepada pembaca menghabiskan bacaan dalam tempoh masing-masing.

Lebih-lebih lagi bilamana ditonton di TV, kesetiaan penonton terpaku dengan filem tersebut disaingi hebat dengan saluran yang beriklan, bunyi sekeliling yang pelbagai dan lain-lain gangguan yang mengakibatkan penonton mungkin menukar siaran atau buat kerja lain yang lebih penting. Sebab itu jugalah penghasilan filem berbeza dengan drama dari sudi shot-nya, sound effect dan CGI yang memang sengaja dibuat untuk lebih puas dihayati dengan kelengkapan di panggung.

Justeru amat penting elemen hook dalam drama sebelum iklan ditayangkan. Elak manjakan penonton. Apabila mereka seakan boleh duga jalan cerita, buat twist yang berlawanan dengan sangkaan mereka. Hasil akhir drama/filem juga berpunca daripada kolaborasi penulis skrip dan pengarah yang kuat. Penulis skrip berperanan penting pada awal karya, pengarah pula mencantikkan visual penulis skrip itu tadi. Kedua-duanya layak diberi kredit setara.

Penulis karya kreatif yang baik, memegang lantas menjiwai watak yang ditulisnya:
1. Letakkan diri sebagai pembaca sasaran, gunakan istilah yang bersesuaian dengan tahap kefahaman mereka.
2. Dialog wajib hidup, lagi-lagi jika ditulis untuk skrip drama.
3. Kelonggaran penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dalam dialog perlu bijak dipilih penulis. Tuan Bahruddin Bekri antara penulis yang baik dalam menggunakan BMT tanpa mengganggu mood dialog watak-watak dalam karyanya.

Kelebihan menjadi penulis, antaranya:
1. boleh jadi sesiapa :)
2. kenal ramai orang daripada pelbagai latar belakang, bagi tujuan penulisan agar nampak lebih hidup
3. tidak menghukum orang lain, sebaliknya lebih memahami kenapa mereka bertindak sedemikian (orang tak gila, mesti bersebab bertindak sekian-sekian, keadaan memaksa mungkin?)

Terdapat lebih daripada 100 buah syarikat produksi di Malaysia, berikut cara selamat menghantar skrip drama, daripada diciplak:
1. hantar proposal/sinopsis cerita sahaja, bukan skrip drama penuh
2. sertakan satu surat yang menulis ayat,
dihantar oleh:
diterima oleh:
nama dan tandatangan:
sebagai hitam putih jika berlaku sebarang perkara berbangkit kemudian.

Q & A sesi 1

Apakah sebabnya adaptasi filem kebiasaannya berbeza dengan buku?
Antara sebabnya, ada kekangan dan perbezaan waktu persembahan. Waktu ditonton dan dibaca berbeza. Justeru perkara penting yang dititikberatkan dalam adaptasi adalah pengkarya mampu menyampaikan perasaan yang sama dalam buku, dapat dirasakan dalam filem, oleh audiens. Audiens harus faham, adaptasi bukan mengambil sebiji-sebiji jalan cerita dalam buku, sebaliknya penyampaian mesej cerita yang lebih utama.

Rating vs nilai
Novel pop mendapat rating yang tinggi walau jalan ceritanya mudah dijangka dan berulang-ulang (contoh: isu kahwin paksa-rating 4K penonton drama adaptasi novel sebegini). Begitu juga dengan drama sinetron, boleh sampai beratus episod dek penyampaian cerita yang meleret-leret. Tidak semua rating tontonan berpunca daripada mereka yang meminatinya, sebahagian besarnya terdiri daripada mereka yang tidak minat karya tersebut, tetapi tetap juga beli/tonton. Justeru apabila rating naik, penerbit terus lompat kepada kesimpulan iaitu permintaan terhadap karya sebeginilah yang dimahukan masyarakat. Lalu situasi ini terus berulang.

Tuan Zabidi Mohamed contoh penulis skrip drama popular yang baik dalam penghasilan karya yang ratingnya tinggi tanpa mengabaikan faktor nilai positif dalam karya-karyanya.

Selasa, 18 Februari 2014

BEDAH BUKU REVOLUSI


Mengapa orang revolusi mesti kreatif, berani, dan kritis?

Mahu tahu lebih lanjut? Jom dengarkan kupasan daripada penulis buku ini, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Tarikh: 20 Februari 2014 (Khamis)
Tempat: Perpustakaan MSU

Masuk adalah percuma.

Isnin, 10 Februari 2014

Bengkel Penulisan Novel Tarbiah

MENGEKALKAN MOMENTUM MENULIS

Mengekalkan momentum penulisan sangat penting supaya semangat untuk menulis tidak menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam. Justeru, jangan biarkan idea-idea anda hilang sebegitu sahaja bagaikan hampas yang ditiup angin nan lalu … .

Apabila ada idea, terus catatkan dalam buku idea. Setiap penulis perlu memiliki buku idea atau floating file sama ada menggunakan hard copy atau soft copy. Zaman sekarang, mudah sahaja, guna i-Pad, i-Phone dan sebagainya.

Setelah anda mengikuti bengkel penulisan, sudah sampai rumah, terus tulis idea anda itu. Selain itu, cuba ikuti tip-tip di bawah ini:

1. Jadikan kerja menulis sebagai salah satu agenda besar dalam hidup. Apabila kerja menulis dianggap besar, penulis akan mampu mengatasi halangan yang mendatang. Namun apabila kerja menulis dianggap kerja kecil atau kurang penting, halangan yang biasa-biasa saja pun akan mengganggu dan menghentikan momentum atau semangat untuk menulis. Misalnya, tarikan sebuah rancangan TV saja pun boleh mengganggu momentum untuk menulis!

2. Buat sasaran dalam menulis. Misalnya, sasarkan untuk menyiapkan sebuah buku dalam tempoh enam bulan. Sasaran mesti realistik. Dengan membuat sasaran yang realistik, penulis dapat merancang gerak kerja yang juga realistik untuk mencapai sasaran itu.

3. Bergaul dengan sesama penulis atau yang sama-sama mahu serius menulis. Dengan kata lain, masuk ke dalam komuniti penulis. Seorang pelajar akan bersemangat untuk belajar apabila bergaul dengan sesama pelajar yang serius mahu belajar. Begitu juga penulis, dia akan bersemangat untuk menulis apabila bergaul dengan orang yang sama-sama serius mahu menulis.

4. Baca buku-buku atau makalah yang memuatkan ilmu-ilmu penulisan dan hadiri mana-mana bengkel atau kursus penulisan. (Bengkel dan kursus penulisan juga adalah tempat yang baik untuk bertemu dengan sesama penulis atau calon penulis.)

5. Cari mentor daripada kalangan penulis atau pembimbing penulis yang boleh membimbing dan memberi motivasi untuk terus menulis.

BERITA BAIK!

Sertai kami pada 22.2.2014 di Wangsa Melawati, 9pg-4ptg untuk lebih banyak perkongsian ilmu dan pengalaman.

Jika berminat, sila PM nama dan no fon atau SMS/ whats app +6019 470 2839

Yuran RM150.00
Maybank: 1520-6895-6752 (Mohd Khairi Tajudin)
Emel: khairitajudin@gmail.com

dibawakan oleh KHAIRY TAJUDIN RESOURCES
.
 
Sumber: FB Khairy Tahudin

Khamis, 23 Januari 2014

Tindakan Penulis untuk Melajukan Jualan Buku

Ini zaman 'viral'. FB ibarat pisau, gunakanlah sehikmahnya.

Buat page di FB khas untuk buku, seperti page filem, DP guna cover buku.

1.               Buat ulasan buku di FB, blog atau website.

2.               Kemas kini testimoni atau komen pembaca di FB, blog atau website.

3.               Senaraikan kekuatan buku di FB, blog atau website.

4.               Kongsikan pengalaman sepanjang menyiapkan penulisan buku di FB, blog atau website.

5.               Muat naik di FB, blog atau website gambar penyerahan buku kepada individu yg terlibat, gambar buku di kedai buku atau pesta buku, gambar orang sedang pegang atau baca buku masing-masing.

6.               Gunakan diskaun harga penulis untuk beri diskaun kepada pembaca, contoh seperti kos penghantaran percuma, jualan pakej beli 3 diskaun 10% dll di FB, blog atau website.

7.               Buat pos khas berkenaan cerita di sebalik tajuk dan cover di FB, blog atau website.

8.               Buat poster buku masing-masing di FB, blog atau website.

9.               Buat wallpaper berkaitan buku masing-masing di FB, blog atau website.

10.            Tanda dan kongsikan gambar yg dipos di FB, blog atau website dengan senarai kawan di FB.

11.            Pos sinopsis dan contoh bab di FB, blog atau website.

12.            Pos petikan menarik atau ‘ayat power’ daripada buku masing-masing di FB, blog atau website.

13.            Senaraikan kedai-kedai buku yg menjual buku masing-masing di FB, blog atau website.

14.            Buat jualan online buku masing-masing di FB, blog atau website.

15.            Buat aktiviti bersama followers di FB, blog atau website.

16.            Beri tip penulisan di FB, blog atau website.

17.            Beritahu tujuan menulis buku di FB, blog atau website.

18.            Terangkan di FB, blog atau website sebab buku perlu dimiliki pembaca.

19.            Terangkan di FB, blog atau website buku sesuai dibaca oleh siapa dan kenapa.

20.            Buat kuiz/peraduan berkaitan buku di FB, blog atau website.

21.            Buat ulasan buku penulis lain di FB, blog atau website.

Disediakan oleh: Amir Abd Hamid, Editor Perolehan Novel, Galeri Ilmu Media Group.