Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com
Memaparkan catatan dengan label Pesta Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesta Buku. Papar semua catatan

Ahad, 29 September 2013

Bedah buku Andalusia, Here We Come!

Alhamdulillah, semalam selesai sesi bedah buku di SACC Mall bersama penulis, Cik Lisa Nurisha bersempena Pesta Buku MPH. Pesta buku ini bakal berakhir hari ini insya-Allah.
Ini ialah pengalaman pertama saya terlibat dengan slot bedah buku bersama penulis. Konsep yang kami bawa, bedah buku dari sudut editor, bukan sekadar perspektif penulis. Insya-Allah pendekatan yang sama akan dibawa dalam program bedah buku Saya Tunggu Awak minggu depan di Kuantan dalam Ekspo Buku Islam bersama Bonda Nor.
Antara soalan yang diajukan moderator, Ustaz Shahrul Zaman:
1. Permulaan ini, boleh Lisa kongsi sedikit latar belakang diri dan apa profesyen sekarang?
2. Menyentuh rutin Cik Lisa yang sedang menunggu untuk mulakan tugas sebagai pensyarah, bilakah waktu Lisa menulis? Apa yang menguatkan untuk menulis? Bagaimana Cik Lisa menyusun masa menulis dengan tugasan yang lain?
3.      Bagaimana Lisa mendapat idea dan rangsangan untuk menulis buku ini? Apakah cabaran dalam menghasilkan Andalusia, Here We Come?
4.      Boleh ceritakan jalan cerita buku ini? Kisah berkenaan apa, siapakah watak dan apa isu yang melingkari penceritaan novel ini?
5.      Andalusia, Here We Come mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bagaimanakah Cik Lisa mengaitkan sebuah cerita travelog dengan kehidupan seharian kanak-kanak dalam buku ini?
6.   Boleh cerita sikit tentang projek buku baharu Lisa? Selain buku baharu, mungkin juga ada aktiviti yang akan berlangsung yang sedang dirancangkan.
7.      Apa cabaran utama dalam usaha Lisa melahirkan karya-karya Islami?
8.      Apa harapan daripada buku ini? Dan apa nasihat kepada pembaca?

Alhamdulillah, banyak perkara perlu ditingkatkan, dan saya melihat pentingnya sokongan daripada kumpulan pembaca bagi menjayakan program sebegini. Insya-Allah saya akan wujudkan kumpulan di Facebook dalam kalangan penyokong halaman Novel Dakwah untuk menjadi kumpulan sokongan kepada para novelis Galeri Ilmu. Sama-sama kita bersinergi ya!
Selepas selesai acara pentas dan sesi bergambar, kami minum santai berbual dengan rakan penulis yang bertanggungjawab membawa beliau ke dalam bidang ini. Antara perkara yang dibualkan berkenaan situasi semasa buku dalam pasaran pembaca kita. Jom kita saling menyokong buku-buku tarbiah!

Sabtu, 28 September 2013

BEDAH BUKU bersama Lisa Nurisha novelis buku Andalusia, Here We Come!


BEDAH BUKU bersama Lisa Nurisha novelis buku Andalusia, Here We Comedi PESTA BUKU MPH SACC Mall, Shah Alam
Sabtu, 28 September 2013 
Jam 11.00 - 12.00 tengah hari

SEMUA JEMPUT HADIR!
 — dengan Diari Galeri Ilmu dan Novel Dakwah.

Selasa, 28 Mei 2013

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMENANGI IPAD MINI DI PESTA BUKU SELANGOR 2013?

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1) Penyertaan dibuka dari 24 Mei 2013 hingga 3 Jun 2013
2) Cabutan bertuah setiap hari akan memenangi IPAD MINI
3) Jumlah pembelian mestilah bernilai sekurang-kurangnya RM 30 (lebih daripada satu resit atau resit dari hari yang berlainan adalah diterima)
4) Resit pembelian untuk penyertaan mestilah dari mana-mana gerai pempamer Pesta Buku Selangor 2013 yang sah.
5) Setiap resit pembelian layak digunakan untuk sekali penyertaan sahaja.
6) Borang penyertaan yang tidak diisi lengkap akan dianggap batal
7) Pemenang cabutan bertuah akan diumumkan pada jam 6:30 petang dan 8:30 malam. 
8) Hadiah hendaklah dituntut dalam masa 24 jam selepas nama pemenang diumumkan. Sekiranya tidak dituntut dalam masa tersebut, kemenangan akan dibatalkan dan cabutan baru akan dibuat untuk menggantikan pemenang tersebut.
9) Penyertaan yang dihantar selepas cabutan bertuah diumumkan akan dikira untuk cabutan pada keesokan harinya.
10) Keputusan cabutan bertuah adalah muktamad dan pihak urus setia berhak membuat sebarang pindaan tanpa pengumuman awal kepada peserta.




Sumbangkan buku anda di dalam kotak ini

Beli buku berjumlah RM30 ke atas

Jangan lupa ke booth Galeri Ilmu

Jumaat, 17 Mei 2013

Pesta Buku Selangor 2013 Bakal Menemui Anda

Klik di sini
Pesta Buku Selangor 2013 akan muncul pada 24 Mei hingga 03 Jun nanti. Kepada anda yang terlepas untuk hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 ini adalah peluang terbaik untuk anda.

Saya pasti ramai yang terlepas untuk hadir ke pesta buku yang lalu.

Bercerita mengenai kehadiran, saya pasti ada di antara kita yang akan hadir kerana tinggal di sekitar Selangor.

Kepada mereka yang tinggal di luar Selangor, anda boleh hadir dengan anak anda kerana mereka sedang bercuti sekolah.

Jika tidak dapat hadir, anda boleh membeli secara dalam talian di laman sesawang Galeri Ilmu iaitu www.galeriilmu.com.

Justeru saya menjemput anda untuk hadir ke Pesta Buku Selangor 2013 untuk mendapatkan buku-buku berkualiti keluaran Galeri Ilmu.

Jumpa anda di sana insya-Allah!




Rabu, 8 Mei 2013

Tahniah Kepada Pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 telah menamatkan acaranya. Kepada anda yang hadir dan membeli bahan bacaan yang bermanfaat di PBAKL tersebut saya ucapkan tahniah.

Lebih gembiranya saya apabila anda yang hadir di Pesta Buku Antarabangsa 2013 singgah ke booth Galeri Ilmu untuk mencari bahan ilmu.

Ramai betul hadir.

Dengan kehadiran ramai manusia yang cintakan bahan bacaan maka kita boleh simpulkan bahawa himpunan rakyat di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tersebut mencerminkan bahawa rakyat kita suka membaca sekali gus menafikan omong-omong yang mengatakan rakyat Malaysia tidak suka membaca.

Tahniah kepada anda yang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Jumpa lagi pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014. Insya-Allah.

Jangan lupakan sayur


Ramainya pencinta ilmu

Kebangkitan ilmu

Ledakan manusia di booth Galeri Ilmu


Isnin, 1 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013 - Siapa Mahu Hadir?


Pesta Buku Antarabangsa 2013 akan tiba tidak lama lagi. Kira-kira 25 hari sahaja lagi maka berbondong-bondong manusia akan muncul di PWTC untuk meraikan budaya membaca yang merupakan budaya tinggi di Malaysia. Membaca memang terkenal dengan ketinggian budaya dan daya intelektual tinggi.

Ada antara yang hadir ke pesta buku untuk mencari ilmu dan buku baharu, tidak kurang juga yang hadir kerana terikut-ikut dengan ramainya manusia ke situ. Tidak kiralah apa alasan yang menghadirkan mereka ke sana, apa yang pasti mereka hadir kerana buku. Inilah pokok cerita yang utama.

Maka pada pesta buku kali ini pihak Galeri Ilmu juga tidak terkecuali menyediakan bahan bacaan yang berkualiti tinggi, penuh ilmu dan maklumat yang bermanfaat.

Justeru kepada bakal penulis baharu dan berpengalaman, mari kita sama-sama hadir ke Pesta Buku Antarabangsa 2013. Kita bertukar-tukar pendapat dan wacana, kita berideologi dan saling memberi idea untuk menghasilkan buku yang lebih berkualiti, berilmu dan mampu mencerna minda supaya lebih banyak ilmu yang baik dapat diserap.

Jadi pada PBAKL 2013 yang akan tiba ini, saya mengajak pembaca budiman sekalian untuk hadir dan mempekenalkan diri.

Jumpa saya di sana!

Senarai buku terbaharu yang mesti anda dapatkan di PBAKL 2013 TERBITAN GALERI ILMU:
 
1. Bersyukurlah Kerana-Nya - Syed Alwi Alatas
Kekuatan pada penulis sendiri - Penulis buku-buku bestseller Senyumlah dan Mudahkan Jangan Susahkan yang beberapa kali muncul Top Ten di MPH. Buku ketiga daripada siri buku bertemakan syukur dengan nikmat dan sabar menghadapi musibah. Kekuatannya banyak pada cerita-cerita yang dibentangkan untuk menguatkan perbahasan.

2. Di Mana Bumi Dipijak - Abu Hassan Morad
Buku travelog yang sarat dengan catatan mengenai kehidupan minoriti dan majoriti umat Islam di pelbagai negara. Daya pengamatan penulis yang tajam dalam merungkai situasi dan senario umat menjadikan buku ini kisah travelog yang sesuai dibaca oleh mereka yang gemarkan cabaran. Perjalanan ke 13 negara - Buku ini menceritakan kisah kehidupan umat Islam di Turki, UK, Bosnia, Arab Saudi, Syria, Qatar, China, Hong Kong, Thailand, Australia, Bangladesh, Kemboja dan Indonesia.

3. You Are The Best - Dr. Shafie Md Amin al- Muqri'.
Sejumlah 63 bab yang padat. Buku yang menjadikan al-Quran sebagai sumber motivasi utama.
Membetulkan persepsi yang salah mengenai banyak isu kehidupan - mengenai kerja, mengenai cara menangani masalah, mengenai konsep masa. Gaya penulisan dalam buku ini adalah bersahaja dan komunikatif.

4. Ingin Kubalas Cintamu Ya Rasulallah - Ustaz Muhadir Haji Joll.
Konsep kavernya eksklusif - Pertama di Malaysia. Penulis mula dikenali melalui rancangan radio, khususnya yang berkait dengan maulid. Buku yang mengajak pembaca kepada cinta Rasul dan amalan-amalan ke arahnya. Bonus amalan untuk dapat bermimpi bertemu Nabi SAW.
 
5. Takdir 2: Percaya yang Tidak Sirna - Hilal Asyraf
Novel berbentuk futuristik Islami. Sarat dengan aksi ala Lord of the Rings. Pertentangan antara baik dan jahat tahap global.

6. Anekdot Madinah - Prof Muhd Kamil Ibrahim 

7. Diari Seorang Amil - Ustaz Hamizul Abdul Hamid
Travelog kehidupan pertama seorang eksekutif Zakat. Disertakan bersama testimoni daripada Prof Muhd Kamil Ibrahim yang ditulis dari Madinah.

8. Edisi Istimewa Langit Ilahi - Hilal Asyraf
Himpunan tiga buku motivasi bestseller Hilal Asyraf - Langit Ilahi (8 kali cetak), Kembara Hamba Mencari Cahaya dan Fanzuru.

9. Aroma Antara Benua - Roza Roslan
Sekuel kepada Bukan Sekadar Resipi (3 kali cetak)
Buku ini menceritan resipi-resipi antara benua yang diterima oleh Puan Roza daripada rakannya yang berada di seluruh dunia.

10. Relasi - Hilal Asyraf
Novel pertama penulis yang dikarang sewaktu berusia 18 tahun, namun memperlihatkan kematangan dalam gaya olahan dan pembinaan cerita. Konflik persahabatan yang merungkai erti sahabat dalam kehidupan.

11. Seraut Kata Selaut Rasa - Pahrol Mohamad Juoi

12. Erti Hidup Pada Memberi - Hasrizal Abdul Jamil

Rabu, 21 November 2012

Ekspo Buku Islam 5 Johor & Hari Kerjaya

KHAS UNTUK ORANG-ORANG JOHOR

Kepada anda di luar sana, jangan lupa datang beramai-ramai ke Ekspo Buku Islam 5, Johor. Temui Majalah ANIS di gerai Galeri Ilmu Sdn Bhd. Selain itu, bagi yang sedang mencari kerja. Hari Kerjaya juga turut diadakan.

Untuk maklumat lanjut klik di sini

Khamis, 1 November 2012

Ekspo Buku Islam 4 KL Sentral

Tarikh: 27/11-4/12/2012 (9 hari)
Masa: 9pg-10mlm
Hari ke: 5
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dikenali dengan buku best seller, Aku Terima Nikahnya. Saya gemar dengan tagline beliau, Erti Hidup Pada Memberi. Sungguh, apa erti kejayaan jika tidak dapat dikongsi dengan insan disayang. Ikuti perkongsian beliau di http://saifulislam.com/
Cikgu Zayu Hisham memasuki dunia penerbitan buku tanah air dengan karya novel tarbiah awal remaja. Selepas mengikuti bengkel penulisan buku motivasi anjuran GISB, beliau semakin aktif menulis buku bergenre umum berdasarkan pengalaman hidup sebagai pendidik. Ikuti perkongsian beliau di http://ilhamwan.blogspot.com/ 
Ustazah Fatimah Syarha, mujahidah pena yang wajar dijadikan teman rujukan bagi Muslimah masa kini. Penulisannya dalam pelbagai genre menggambarkan kesungguhan dalam berdakwah untuk umat. Ikuti perkongsian beliau di http://sebarkanbahagia.blogspot.com/
Hilal Asyraf gemar mengadaptasi karya popular ke dalam novel-novel berjiwa Islami. Kelebihan ini menjadikan beliau bukan sekadar penceramah, penulis buku motivasi, tetapi juga seorang pendakwah yang praktik kenyataan bahawa anugerah itu satu amanah. Ikuti perkongsian beliau di http://langitilahi.com/
Syed Alwi Alatas bagi saya seorang penulis yang sangat humble perawakannya. Jangan tak tahu, beliau telah hasilkan berpuluh buku tarbiah di negara serumpun, Indonesia. Ikuti perkongsian beliau di http://alwialatas.multiply.com/

Hj. Zainal Hj. Buang seorang mutawif, juga berpengalaman menjadi guru di sekolah. Pengalamannya dimanfaatkan sepenuhnya dalam penulisan yang sarat dengan sentuhan orang lama. Ini blog beliau, http://www.motivasihaji.com/index.html

Less is more, http://renungalam.blogspot.com/ (=itu sedekah)

Selasa, 30 Oktober 2012

Jadual SANTAI BERSAMA 100 PENULIS TERKENAL di Ekspo Buku Islam 4, KL Sentral

Jadual terkini kehadiran penulis GISB di Ekspo Buku Islam 4, KL Sentral

Kemas kini: 29/10/2012

Terima kasih.
-- 
NASRI BIN NASIR
Pengurus Kanan Penerbitan,
GALERI ILMU SDN BHD,
No. 44, Jalan Pekaka 8/3,
Seksyen 8, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-614 21 614  Faks: 03-614 21 612
http://www.galeriilmu.com.my