Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Isnin, 1 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013 - Siapa Mahu Hadir?


Pesta Buku Antarabangsa 2013 akan tiba tidak lama lagi. Kira-kira 25 hari sahaja lagi maka berbondong-bondong manusia akan muncul di PWTC untuk meraikan budaya membaca yang merupakan budaya tinggi di Malaysia. Membaca memang terkenal dengan ketinggian budaya dan daya intelektual tinggi.

Ada antara yang hadir ke pesta buku untuk mencari ilmu dan buku baharu, tidak kurang juga yang hadir kerana terikut-ikut dengan ramainya manusia ke situ. Tidak kiralah apa alasan yang menghadirkan mereka ke sana, apa yang pasti mereka hadir kerana buku. Inilah pokok cerita yang utama.

Maka pada pesta buku kali ini pihak Galeri Ilmu juga tidak terkecuali menyediakan bahan bacaan yang berkualiti tinggi, penuh ilmu dan maklumat yang bermanfaat.

Justeru kepada bakal penulis baharu dan berpengalaman, mari kita sama-sama hadir ke Pesta Buku Antarabangsa 2013. Kita bertukar-tukar pendapat dan wacana, kita berideologi dan saling memberi idea untuk menghasilkan buku yang lebih berkualiti, berilmu dan mampu mencerna minda supaya lebih banyak ilmu yang baik dapat diserap.

Jadi pada PBAKL 2013 yang akan tiba ini, saya mengajak pembaca budiman sekalian untuk hadir dan mempekenalkan diri.

Jumpa saya di sana!

Senarai buku terbaharu yang mesti anda dapatkan di PBAKL 2013 TERBITAN GALERI ILMU:
 
1. Bersyukurlah Kerana-Nya - Syed Alwi Alatas
Kekuatan pada penulis sendiri - Penulis buku-buku bestseller Senyumlah dan Mudahkan Jangan Susahkan yang beberapa kali muncul Top Ten di MPH. Buku ketiga daripada siri buku bertemakan syukur dengan nikmat dan sabar menghadapi musibah. Kekuatannya banyak pada cerita-cerita yang dibentangkan untuk menguatkan perbahasan.

2. Di Mana Bumi Dipijak - Abu Hassan Morad
Buku travelog yang sarat dengan catatan mengenai kehidupan minoriti dan majoriti umat Islam di pelbagai negara. Daya pengamatan penulis yang tajam dalam merungkai situasi dan senario umat menjadikan buku ini kisah travelog yang sesuai dibaca oleh mereka yang gemarkan cabaran. Perjalanan ke 13 negara - Buku ini menceritakan kisah kehidupan umat Islam di Turki, UK, Bosnia, Arab Saudi, Syria, Qatar, China, Hong Kong, Thailand, Australia, Bangladesh, Kemboja dan Indonesia.

3. You Are The Best - Dr. Shafie Md Amin al- Muqri'.
Sejumlah 63 bab yang padat. Buku yang menjadikan al-Quran sebagai sumber motivasi utama.
Membetulkan persepsi yang salah mengenai banyak isu kehidupan - mengenai kerja, mengenai cara menangani masalah, mengenai konsep masa. Gaya penulisan dalam buku ini adalah bersahaja dan komunikatif.

4. Ingin Kubalas Cintamu Ya Rasulallah - Ustaz Muhadir Haji Joll.
Konsep kavernya eksklusif - Pertama di Malaysia. Penulis mula dikenali melalui rancangan radio, khususnya yang berkait dengan maulid. Buku yang mengajak pembaca kepada cinta Rasul dan amalan-amalan ke arahnya. Bonus amalan untuk dapat bermimpi bertemu Nabi SAW.
 
5. Takdir 2: Percaya yang Tidak Sirna - Hilal Asyraf
Novel berbentuk futuristik Islami. Sarat dengan aksi ala Lord of the Rings. Pertentangan antara baik dan jahat tahap global.

6. Anekdot Madinah - Prof Muhd Kamil Ibrahim 

7. Diari Seorang Amil - Ustaz Hamizul Abdul Hamid
Travelog kehidupan pertama seorang eksekutif Zakat. Disertakan bersama testimoni daripada Prof Muhd Kamil Ibrahim yang ditulis dari Madinah.

8. Edisi Istimewa Langit Ilahi - Hilal Asyraf
Himpunan tiga buku motivasi bestseller Hilal Asyraf - Langit Ilahi (8 kali cetak), Kembara Hamba Mencari Cahaya dan Fanzuru.

9. Aroma Antara Benua - Roza Roslan
Sekuel kepada Bukan Sekadar Resipi (3 kali cetak)
Buku ini menceritan resipi-resipi antara benua yang diterima oleh Puan Roza daripada rakannya yang berada di seluruh dunia.

10. Relasi - Hilal Asyraf
Novel pertama penulis yang dikarang sewaktu berusia 18 tahun, namun memperlihatkan kematangan dalam gaya olahan dan pembinaan cerita. Konflik persahabatan yang merungkai erti sahabat dalam kehidupan.

11. Seraut Kata Selaut Rasa - Pahrol Mohamad Juoi

12. Erti Hidup Pada Memberi - Hasrizal Abdul Jamil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan