Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Khamis, 11 April 2013

Teknik Pemasaran - Penulis dan Video



Antara teknik promosi buku yang boleh dilakukan penulis baharu atau berpengalaman ialah dengan teknik promosi video.

Menerusi medium video, penulis dapat menyampaikan maklumat kepada pembaca atau target market mereka dengan lebih luas. Dengan cara ini penulis dapat:

1. Menyebarkan maklumat berkenaan buku baharu dan sedia ada
2. Mencipta pengaruh
3. Melariskan jualan buku

Video santai di atas adalah antara kaedah penulis untuk memberi maklumat kepada pembaca berkenaan bukunya. Di dalam video tersebut penulis boleh bercerita mengenai isi kandungan buku, kelebihan buku yang ditulis dan sebagainya.

Justeru, pembaca lebih berminat untuk  membeli karya penulis dan mengetahui siapakah mereka.

Teknik pemasaran video adalah teknik yang murah dan ringkas. Dengan kata lain, teknik yang simple tetapi berimpak tinggi.

Kepada penulis baharu dan berpengalaman. Ayuh cipta video anda sekarang!

Jangan lupa janji temu anda bersama kami di booth Galeri Ilmu H24-H29 di Pesta Buku Antarabangsa 2013 PWTC.

Jumpa kami di sana!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan