Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Rabu, 17 Oktober 2012

Format Penulisan Manuskrip Novel GISB

Galeri Ilmu Sdn. Bhd. mengehadkan bilangan halaman dan format standard bagi manuskrip novel-novel Islami yang dihantar kepada editor untuk diterbitkan. Berikut adalah bilangan halaman dan format yang ditetapkan.

Format Umum:
-        Sertakan surat iringan dan biodata penulis bersama-sama kiriman manuskrip. E-mel dapat berfungsi sebagai surat iringan apabila menge-melkan karya.
-       Judul karya dan nama penulis hendaklah diletakkan di halaman pertama.
-       Pastikan bilangan halaman tertera pada setiap halaman.
-       Bertaip langkau dua baris atau double spacing.
-       Menggunakan font Times New Roman, 12 point.

Format Khusus:

  1. Manuskrip Novel Awal Remaja (untuk pembaca 11-13 tahun)
-        Panjang sekitar 140 halaman

  1. Manuskrip Novel Remaja (untuk pembaca 13-16 tahun)
-        Kategori 1: Panjang sekitar 180 halaman
Kategori 2: Panjang sekitar 260 halaman

  1. Manuskrip Novel Dewasa
-        Panjang 400 hingga 600 halaman.

Manuskrip hendaklah dihantar kepada editor melalui e-mel dan diposkan dalam bentuk bercetak (hard copy). Poskan kepada:
Editor Perolehan (Novel),
Jabatan Buku,
Galeri Ilmu Sdn Bhd,
No. 44, Jalan Pekaka 8/3,
Seksyen 8, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Tel. pejabat: 03-61421614

NOTA: Sebelum manuskrip mula ditulis, GISB mensyaratkan supaya penulis mengajukan sinopsis (sinopsis keseluruhan dan sinopsis bab ke bab) dan dua bab contoh terlebih dahulu. Selepas sinopsis dan bab contoh diluluskan, satu kerangka masa (time frame) akan diberikan untuk penulis menyiapkan manuskripnya; biasanya antara tiga (3) hingga enam (6) bulan. 

Klik di sini RM12.00 
Disunting oleh: Amir Abd Hamid, Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan