1. Tidak ada gambaran tubuh badan lelaki tampan & perempuan cantik. Namun, gambaran perempuan tua, muka berkedut untuk menunjukkan kematangan adalah dibenarkan.
2. Tiada keterangan tentang pakaian lelaki tampan & perempuan cantik.
* Hanya diceritakan pakaian Nabi Yusuf a.s. koyak di belakang.
* Kecantikan Zulaikha hanya diketahui ketika Nabi Yusuf a.s. menyebut:
- "Hanya kerana aku ingatkan Allah."
3. Tidak ada babak mungkar contohnya, pergaulan bebas.
4. Tidak ada kata-kata kesat, untuk mengelakkan dari mengajar skrip mungkar contoh: "Tak guna kau", "Jahat kau".
Gambaran untuk menggambarkan sesuatu watak itu baik/jahat adalah melalui sesi puji-pujian atau mengumpat. Contoh:
"Kau tahu tak si anu tu dengar ceritanya keluar malam?"
"Yakah?"
"Betul, aku nampak dengan mata aku ni..Entah-entah dia keluar dengan lelaki yang selalu bersadai di hadapan rumahnya."
"Betul, aku nampak dengan mata aku ni..Entah-entah dia keluar dengan lelaki yang selalu bersadai di hadapan rumahnya."
5. Tidak ada tema negatif, contoh: balas dendam. Jika ada pun, bukan orang yang baik yang membalas dendam. Untuk orang baik, biar Allah yang membalasnya:
- tidak ada langsung ciri-ciri putus asa/pesimis/fatalisme untuk watak baik.
6. Tidak ada darah, senjata, jenayah, kecuali jenayah tidak menjadi (rancangan asal hendak membunuh Nabi Yusuf a.s.)
7. Babak ngeri tidak diterangkan secara terperinci
* Tidak diceritakan teknik melakukan perkara jahat/mungkar (jangan sehingga 'giving ideas how to do it')
RM12.00 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan