Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Jumaat, 2 November 2012

Permohonan International Standard Book Number (ISBN)

Apakah Itu ISBN?
International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN adalah satu kod sepuluh (10) atau tiga belas (13) angka yang diperuntukkan kepada satu judul atau edisi buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu.

ISBN diperolehi dari International ISBN Agensi yang berpusat di London. Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982.


ISBN yang diperolehi hendaklah dicetak di belakang muka surat judul dan belakang kulit buku. 

Contoh ISBN:
ISBN 983-99557-1-3 - ISBN 10 angka
atau
ISBN 978-983-99557-1-2 - ISBN 13 angka
(implementasi mulai Januari 2007)

  • Bahagian I. Kod Industri Buku
    Bahagian ini mewakili kod industri pebukuan yang digunakan di peringkat antarabangsa.
  • Bahagian ini mewakili kod industri pebukuan yang digunakan di peringkat antarabangsa.
  • Bahagian II. Identiti Kumpulan
    Bahagian ini memberi identiti mengikut negara, kawasan geografik atau kumpulan penerbit.
  • Bahagian ini memberi identiti mengikut negara, kawasan geografik atau kumpulan penerbit.
  • Bahagian III. Identiti Penerbit
    Bahagian ini memberi identiti kepada satu penerbit dalam sesebuah negara atau kumpulan.
  • Bahagian ini memberi identiti kepada satu penerbit dalam sesebuah negara atau kumpulan.
  • Bahagian IV. Identiti Judul
    Bahagian ini memberi identiti kepada sesuatu judul atau edisi buku tertentu yang diterbitkan oleh sesuatu penerbit.
  • Bahagian ini memberi identiti kepada sesuatu judul atau edisi buku tertentu yang diterbitkan oleh sesuatu penerbit.
  • Bahagian V. Angka Kawalan
    Ini merupakan satu angka tunggal atau huruf X di hujung sepuluh angka ISBN. Ia mengawal secara automatik ketepatan nombor ISBN oleh sistem ISBN.    
  • Ini merupakan satu angka tunggal atau huruf X di hujung sepuluh angka ISBN. Ia mengawal secara automatik ketepatan nombor ISBN oleh sistem ISBN.    
978
-
983
-
99557
-
0
-
5
Kod
Industri
 
Identiti
Kumpulan
 
Identiti
Penerbit
 
Identiti
Judul
 
Angka
Kawalan
  • Setiap Judul yang diterbitkan, tetapi TIDAK bagi cetakan semula buku yang sama
  • Setiap Edisi Baharu bagi judul yang telah/pernah diterbitkan, misalnya edisi ke-2, edisi semakan, dll
  • Cetakan semula buku yang dikeluarkan oleh penerbit yang berlainan
  • Buku-buku dalam berlainan format, misalnya edisi kulit keras dan edisi kulit kertas
  • Karya berbilang jilid dimana satu ISBN diberi kepada setiap jilid dan satu lagi ISBN diberi kepada seluruh set berkenaan
  • Cetakan semula judul-judul yang tidak ada ISBN
  • Penerbitan bersama. Satu ISBN diberikan kepada penerbit yang bertanggungjawab atas pengedaran
  • Buku-buku yang diimport dari negara atau kawasan yang belum menyertai program ISBN untuk dijual atau diedar oleh agen khas
  • Penerbitan helai cerai
  • Bahan audio-visual pendidikan dan terbitan monograf dalam format tidak bercetak.
  • Contoh: Bahan audio-visual untuk terbitan sekolah-sekolah atau institusi pengajian tinggi (CD-Rom, video, kaset dan lain-lain).
  • Memaju dan memudahkan pemesanan dan perolehan buku-buku terbitan Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Memajukan penjualan buku-buku terbitan Malaysia di pasaran peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Sebagai butiran penting di dalam diskripsi Bibliografi Negara Malaysia, direktori jualan buku, iklan, katalog penerbit dan entri katalog yang disediakan oleh perpustakaan atau penerbit. 
  • Digunakan sebagai nombor bersiri dalam pengawalan stok bagi judul-judul yang diterbitkan dan memperketatkan lagi hak milik buku bagi penerbit.
A. Penerbit Baharu

Melengkapkan set borang permohonan bagi penerbit baharu iaitu:
    i. PNM.PK.PBN (O).02(B1) - Borang Pendaftaran Program ISBN ;
    dan


  ii. PNM.PK.PBN (O).02(B2) - Borang Permohonan ISBN.
Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat/ salinan IC (individu) dan salinan mock-up cover buku.


B. Penerbit Sedia Ada
Melengkapkan set borang permohonan ISBN:
    i. PNM.PK.PBN (O).02(B2) - Borang Permohonan ISBN 
Sertakan salinan mock-up cover buku. 


B. Penerbit Sedia Ada
Melengkapkan set borang permohonan ISBN:
    i. PNM.PK.PBN (O).02(B2) - Borang Permohonan ISBN 


Sertakan salinan mock-up cover buku. 
Perpustakaan Negara Malaysia 
Aras 3, Anjung Bestari
No. 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur
(U/P: Pusat Kebangsaan ISBN) 
Faks : 03-26811676
E-mel : isbn@pnm.my



RM18.00

 
Struktur ISBN 
Setiap ISBN mengandungi 13 angka dan didahului dengan perkataan ISBN dalam huruf tebal. ISBN 13 angka ini dibahagikan kepada lima (5) bahagian, tiap-tiap bahagian dipisahkan oleh satu jarak atau tanda sengkang.

Bahagian-bahagian tersebut adalah:-

 Penggunaan ISBN 
ISBN berasingan perlu diberi kepada:-
ISBN Tidak Boleh Diguna Semula 
Nombor ISBN yang telah diperuntukkan TIDAK BOLEH diguna semula. Adalah menjadi tanggungjawab penerbit untuk memaklumkan kepada Pusat Kebangsaan ISBN sekiranya ISBN yang dimohon tidak diguna atau terdapat sebarang perubahan pada judul. 
 
Faedah-Faedah ISBN
Cara Memohon 
Semua judul buku adalah layak dipertimbangkan untuk diberi ISBN dan diberikan PERCUMA oleh Pusat Kebangsaan ISBN. ISBN perlu dimohon sebelum buku dicetak.
 
Prosedur Permohonan ISBN

Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi dengan menghubungi:
Pusat Bibliografi Negara
Tel : 03-26814329, 03-26871700 samb 4288
 
Perkhidmatan Melalui SMS
Taip "PNM_ISBN_<alamat emel>" dan hantar kepada 15888

Sistem akan menghantar borang melalui emel yang diberi dan dikenakan caj RM0.20 oleh Telco 

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan