Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Khamis, 22 November 2012

Sistem Kerja Penerbitan

Atau dalam istilah asingnya standard operating procedure (SOP) yang diamalkan di GIMG secara umum ialah seperti berikut:

PERKARA                             TEMPOH 
1 PROPOSAL                        1 – 4 minggu
Selepas menerima proposal daripada penulis, editor akan menilainya dalam tempoh satu ke empat minggu bergantung kepada genre penulisan sama ada awal remaja, remaja atau dewasa. 
 
2 TAWARAN TERBIT          1 minggu (jika manuskrip lengkap – terus ke no 4)
Selepas dibawa masuk ke dalam mesyuarat jawatankuasa penilai dan mereka setuju untuk meluluskannya, surat tawaran akan diberi kepada penulis untuk memulakan penulisan manuskrip lengkap atau jika manuskrip sudah lengkap, penulis perlu membaikinya berdasarkan kehendak penerbit. 

3 PENULISAN                       3 bulan
Tempoh 3 bulan merupakan jangka masa minimum bagi sesebuah manuskrip lengkap disiapkan. Penulis perlulah membuat pemeraman (self-editing) sebelum menghantar kepada editor bagi memudahkan proses penyuntingan dijalankan. Paling tidak, kurangkan kesilapan ejaan dan tatabahasa dalam manuskrip yang dihantar. Jadikan kamus sebagai teman penyuntingan.

4 SUNTINGAN                      2 – 3 minggu
Biasanya penyunting akan membaca sekali lalu sebelum membuat proses penyuntingan secara makro (isi) dan mikro (bahasa), kemudian menyenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian sewaktu suntingan. Kadangkala bagi manuskrip novel dewasa seperti novel sejarah memerlukan masa suntingan yang lebih lama kerana penyunting perlu membuat banyak rujukan berkaitan fakta yang dinyatakan penulis dalam manuskrip yang ditulis.

5 LAYOUT GALEI 1             1 minggu
Artis dtp (desktop publisher) akan diberi manuskrip yang siap disunting. Artis dtp akan diberi maklumat berkaitan buku, kemudian tugasnya untuk mencari beberapa konsep yang sesuai mengikut manuskrip yang ditulis. Galei 1 akan dipruf oleh editor biasanya dalam tempoh 3 hari.

6 LAYOUT GALEI 2             1 minggu
Maklumat ISBN, PDP, dedikasi, rujukan, lampiran dan lain-lain ruangan dalam buku akan diperincikan dalam galei 2. Pruf kedua akan dilakukan oleh editor selepas galei 2 disiapkan artis dtp. Editor akan menyemak sama ada artis dtp ada terlepas pandang pruf pertama yang dibuat, kemudian membuat pruf sekali lagi secara keseluruhan.

7 PRUF AKHIR                     3 hari
Pruf akhir PDF akan diberi kepada penulis bagi memastikan tiada kesilapan sewaktu dihantar ke kilang cetak. Editor dan artis dtp akan membuat pembetulan bersama berdasarkan maklum balas penulis.

8 PDF                                     1 hari
Akhir sekali, half title dan title page yang disediakan oleh pereka bentuk kulit akan dimasukkan artis dtp ke dalam PDF akhir. Editor akan menyemak semula secara umum keselarasan font, signature, dan lain-lain sebelum dihantar kepada pencetak.
RM20.00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan