Saya mengalu-alukan cadangan karya penulis baharu dan berpengalaman. E-melkan sinopsis novel anda ke amir@galeriilmu.com

Jumaat, 30 November 2012

Unsur Yang Tidak Dibolehkan Dalam Novel Tarbiah GIMG

Don't!
  1. Unsur anti-syariat. Misalnya: berpacaran @ berdating, berpegangan tangan, bersalam dengan bukan mahram, gambaran pakaian watak yang seksi, pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta aspek lain yang menyalahi hukum. Unsur-unsur ini hanya dibolehkan (sedarnya) jika memang ada nilai didikan yang hendak diselitkan atau diberitahu di hujung cerita. Misalnya, di awal cerita digambarkan watak utamanya tidak bertudung tetapi kemudiannya datang kesedaran untuk bertudung.
  2. Unsur politik, unsur sadis/kekejaman, perkauman.
  3. Akhlak buruk atau kasar. Misalnya: ketawa terbahak-bahak, makan gelojoh, maki-hamun dan sebagainya, kecuali jika ada nilai didikan yang hendak diselitkan tentang perilaku begitu.
RM15.00
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan